Monday, February 6, 2012

Tips Untuk Selepas Laparotomy Cystectomy?

Assalammualaikum...

Dah beberapa hari aku dah keluar wad, asyik duduk kat rumah je. Alahai...teruk jugak aku kena pantang makan.

First week aku kena makan ikan haruan fresh...masak sup & bubur nasi. Bagi aku yang peminat tegar makanan, kena strict makan is such a torture tau!

Aku actually sangat musykil pasal pantang-pantang ni... Yang aku tau, aku just kena warning jangan makan buah or sayur yang berunsur 'sejuk' macam timun. Cili, daging & telur pun tak boleh. Ikan pun sama...just certain je boleh, but itupun aku tak berani. Even oranges pun nenek aku tak bagi.

Kawan aku tanya, kenapa tak tanya doktor? Masalahnya that time (nak discharged), semua doktor kelam kabut nak balik. Patients ramai sangat nak di attend. Nurse pun sampai mengamuk nak uruskan pasal patients yang kena discharged petang tu jugak. Conclusion, aku tak tau apa yang aku boleh makan & tak boleh makan. Ubat yg doktor bagi pun cuma paracetamol & ubat angin je.

Jadi, for rawatan kat rumah, aku makan jeli gamat gold & pati haruan with american ginseng. Anything else aku tak tau...

Ada sesapa boleh share tips for after laparotomy cystectomy (dermoid) surgery? Macam pantang, pemakanan, rutin seharian, & brapa lama nak heal?

Talking about healing process now, wound aku agak painful. Nampak kemerahan sikit kat belahan tu. I wonder why. And, my period sepatutnya datang dalam 3-4 hari lepas but tak nampak pun Aunty Red tu. Tapi...rasa sakit kat ovary kiri tu rasa cam kena seluk-seluk. Pinggang and abdomen bawah pusat pun sakit macam kena senggugut.

Haish...mintak-mintak la ada any bloggers or readers yang pernah kena boleh share pengalaman or give advices.

Your comments would make me very happy! Thank you!


Posted via blog-it app.