Friday, May 21, 2010

KL Mission 01 - point 1

Day 1 - 28th April 2010

9:00 am - Arrived at airport.
10:40 am - Flight to KL.
12:40 pm - Arrived at KLIA.
12:50 pm - Taking ERL to KL Sentral.
01:20 pm - Arrived at Sentral. Cari kereta sewa tp takde. Contacted Mea. Fufufu~

Lepas tu tak ingat jam brapa ntah...terus naik LRT pegi Ampang Park. Bawak beg besar.
Then checked in at PNB Darby Park. Serious exclusive tempat ni. Kalau tak kerana MSAM 2010 hari tu, and offer price for only RM300+ for 1 suite (double rooms), memang tak merasa nak duduk sana kot. Unless aku dah kaya esok. Hahaha~~


Kitorang main janken pon, and aku dapat bilik kecik, and yabuki dapat main bedroom. Benci. *Edit: kenapa post saya kena makan! byk benda hilang start from here! kena type balik. grrrr....*
Aku suka bilik aku tu...bukak tingkap boleh tengok bangunan Tabung Haji. Rasa safe pulak bila tengok kalimah Allah kat atas tu. Aku kan penakot...huhuhu... Bilik aku ader shower biasa je...bilik Yabuki ader bathroom. Benci part 2. Takpelah...janji ader air panas. That suite ader kitchen + full utensils, comfy living room, ader 3 washrooms, 3 TV sets plus DVD player + ASTRO, and inside the rooms ader sejadah, seterika, & ironing board. My bed was king size...aku penuhkan dengan bantal-bantal kat ruang katil tu, sebab takmo nampak apa2 makhluk bertenggek kat sebelah aku... =_=
Overall, sangat puas hati! Tapi Yabuki ader complain satu je...pintu dier takleh nak tutup. Hmm..tak kesah...lagipun sapa yg nak kacau dier. Janji aku punya bilik boleh kunci. Muahahahaha! NO ENTRY sebelom kawen. Thank you!


After that, kitorang pegi kat stesen Masjid Jamek. Agak confuse taktau nak pegi guna stesen mana...then we decided guna jalan kat belakang tu and straight pegi Jalan TAR.
Nasib baik aku ingat jalan-jalan tu...Yabuki memang tak tau langsung. Huhu...

Then kitorang masok SSF...
Beli satu barang je...for wall deco. yang lain...biasala...lawa tp takleh nak beli...
too expensive and susah nak bawak balik Kch.
Pastu, jalan lagi...jumpa Cosmic Silk Fashion Gallery. Dulu dah pernah beli kain kat sana...for Yabuki's hantaran.
Terjumpa la sorang budak yg kerja sana part-time boleh cakap Sarawak. Kerol (khairol kot?) namanya. Aku keluarkan la wedding dress aku...semua macam tak caya yg aku beli harga RM500. Sebab diorang cakap design camtu cost ribu-ribu in KL. Oh ye ke? Syoknya...hahaha...

Macam2 kain dier sorong kat aku. Semua aku tak berkenan. Dier suggest buat bolero pendek and tampal lace kat kaki and badan dress. Aku tak mau sbb taknak rosakkan dress asal. Pastu aku tunjuk kain yang ada kat badan mannequin...dier taknak show sebab malas nak bukak...aku cakap takpe, nanti aku bawak dress aku pegi sana. Boleh la cantik...full with beads...but tak suka beadings dier kaler pink. Aku tanya lagi, ader lagi tak yang macam ni? Then dier keluarkan satu lagi design...

SANGAT PERFECT! Lace dier kaler ivory sama cam my dress...actually aku nak lace kaler putih, but susah nak cari...Beadings dier kaler white, and ader sikit je pink sequins. But...panel tu cuma 2 m suku. Tak cukup untuk buat satu jaket outer yang panjang with train. Ader lagi budak tu suruh aku tampal lace kat kaki and buat bolero pendek. Aku reject.

Sebab pertama; Aku nak guna dress tu for photoshoot.
Sebab kedua; Kalau buat long outer jacket for reception, dress tu macam ada 2 design.

Lace panel with beadings tu sangat cantik...tapi harga dier RM390.
Pastu aku tanya ader lagi tak kain lace yang kosong. Mula-mula dier hesitate nak bagi, but aku cakap utk tambah buat bahagian atas jaket. Baru dier show kan.

HAA!! Lace without beadings pun dah sangat cantik ok?? Very english vintage. I LIKE!
Harga...1 panel (2 1/4 m) baru RM150.
Aku dah terkedu. Macam mana ni?? Aku terus call Kak Maa yang bakal jahit baju kawen aku. Aku tanya la brapa jahit + beadings... dier cakap normally RM350 (harga kawan). But ikut budget aku la. Kalau nak yg hebat lagi, letak la harga mahal sikit. Fikir punya fikir...baik aku ambik yang lace kosong. Tak banyak beading pun aku tak kisah...Lagipun lace tu dah cantik.

Bila aku cakap kat Kerol, dier macam terkejut naper aku taknak ambik yg dah siap beadings. Aku cakap mahal. Pastu dier ckp kalau tempat lain buat beading, lagi mahal. Aku cakap aku ader designer boleh buat. Then dier tanya brapa designer aku charge. Aku cakap la paling murah RM350. Dier boleh siap mocking aku lagi...cakap tak mungkin and stuff. Mintak no designer aku lagi... huh... =_= Dahnye harga kawan, mesti la murah.
Aku cakap balik, Sorry dik...memang tak mampu la nak bayar RM390. Baru dier senyap.

Ok, done. Bila nak bayar, after discount untuk 4 metres and 1/2 baru RM280. Ya, aku sangat gembira. Walaupun kain tu bukan putih tapi ivory.
Tapi, budak Kerol tu datang balik...dengan perasaan tak puas hati sbb tak dpt jual kain beading tadi. Pastu dier siap cakap kat kawan dier pompuan saying that aku boleh buat tailoring + full beadings dengan harga RM350 'je'. Then dier cakap, "LEPAS NI AKU CERITA KAT KAU".

HAA! Nak komplen la tu! Aku peduli apa...bukan ko yang bayar...

After that, kitorang terus pegi SOGO cari Hanzo...dier bawak kitorang dinner kat this one Vegetarian Restaurant. The environment was very victorian! XD Macam boleh pakai lolita and photoshoot kat sana...fufufu~~ The food was nice! i ordered Seaweed Baked Cheese rice.
RM15 i think. And thanks to Hanzo for belanja us that day! XD And he also offered us to drive his car on the next day sementara dier pegi keje.

Pastu, pegi picked up Hanzo's girlfriend, Joey at Pudu area.
Then pegi rumah Hanzo and met Izumi, Misaki, and RayRay. ^o^
Before that, Hanzo tanya whether i know Izumi or not, and he said that Izumi knew me.
Memang tak tau terus actually...@_@ i think she salah orang. lol.
Their house memang super cosplay house! Haha! XD Ada cosplay corner, games corner, manga corner, & dogs corner. X3

After that, dalam pukul 2 like that kalau tak silap, Hanzo sent us back to hotel. Izumi and Joey pun ikut sekali. Then me and yabuki invited them to stay over. But diorang ader keje, so maybe hari jumaat they said.

Since hari dah pukul 3 pagi, diorang pun balik...
Aku took late shower sbb rasa macam org minyak dah...=_=
Then pegi tido.

Spent List Day 1
Wall deco - RM49.80
French lace - RM280
Total : RM329.80


No comments: