Assalammualaikum...
Alhamdulillah, aku dan encik suami beraya kat Kuching. Mula-mula dulu dia cakap tak jadi balik.
Duduk kat Sibu je sebab nak jimat duit. Aku pun ok je. Teringin jugak nak masak-masak special sikit kat rumah sendiri. Dapat la beraya dengan Nek Bo & Paknek kat Kpg Nangka tu.
Agaknya bila Puan Ztie tau kitorang tak balik Kuching, so depa pun beli tiket kapai terbang. *terasa nak selitkan bahasa utara la pulak* Yelah, kalau balik ramai-ramai kan best...tapi since encik suami cakap tak balik, takpe lah. Ztie pun mintak tolong nak tumpangkan kereta kat tempat parking kitorang, and mintak hantar kat airport. Boleh jek~ kena tunggu cik abang balik kerja then baru hantar.
Kot-kot dalam 2 hari sebelum Jumaat tu, time aku tengah prepare breakfast, encik suami tanya, "Awak tau tak yang Isnin cuti?". Aku jawab dengan muka wondering, "Tau...kenak?" Ada silence gap kat situ...
Dier cakap, "Ok, kita balik Kuching...sebab dulu time raya kita semua balik Kedah...tak sempat nak raya kat Kuching."
Aku seperti biasa OK je...tapi...alamak...kesian kat Ztie...kalau dier tau lebih awal sebelum beli tiket kan better. Apa boleh buat. ^^;;;
On Friday, lepas hantar Ztie and Achie kat airport, kitorang pun terus balik ikut jalan Durin. First time wooo...and sangat jauh daripada jalan Lanang yang pakai tol tu. Agak-agak, bertolak dari airport around 6 pm, sampai kat simpang jalan area Sebangkoi at 8 pm. Belum lagi sampai kat resting area Sebangkoi...tak berani nak pecut-pecut...hujan lebat!
Singgah rest kat simpang Betong...jam dah pukul 9 lebih...Petronas pun dah tutup, so pegi la kat tempat rehat kat belakang. Tak pernah pegi jugak kat sini, sebab selalu pegi Petronas nak tumpang tandas & beli keropok je. And kalau nak makan, just singgah kat simpang Sri Aman. So far, tandas dier lebih okay daripada yang aku expect. Sebab aku sangat tak berkenan dengan tandas awam especially kat simpang Sri Aman tu. And orang yang jaga tandas tu sangat sukakan kucing! i like!!! Masa balik ke Sibu, aku tanya lagi kat abang ni, sapa bagi makan kat kucing-kucing ni? Dier cakap dier yg feed...at least kena 1kilogram nasi + isi ikan. Ada lebih dari 30 ekor kucing kat situ... Semoga Allah rahmati family abang & wife dier yang sayangkan kucing-kucing & anjing kat situ.
Rasanya, aku dan suami dah tak larat nak travel jauh-jauh malam...sangat mengantuk. Aku dengan automatiknya kalau dengar bunyi engine, aku akan terlelap...hahaha! Sangat ngeri kalau tengok encik suami mengantuk time driving...berhenti a few times sebab nak lelapkan mata...but sampai bila? In the end, aku jugak yang driving even though a bit slow daripada dier bawak sebab aku masih tak biasa driving jauh. Oklah kot...sebab bila jalan jauh, tak guna clutch sangat...rasa cam guna kereta auto je. But seriau sebab lampu-lampu kereta yang menyebabkan aku migraine. Sampai je Serian, kitorang tukar driver lagi...cuz dier dah 'charge' 'bateri' sikit.
At last, kitorang sampai rumah pukul 2 pagi. Lama kan?
Berbanding dengan dulu yang boleh sampai pukul 11 malam je. Haishhh...dah tua ke??
Sedehnyaaa~!!
No comments:
Post a Comment