Thursday, January 28, 2010

Mission : Beauty & Facial Treatment

Hello my dears,
Right now i'm having flu and it seems that everyone here is having fever and flu too! Most probably because of the Raining season; sekejap hujan sekejap panas. My gastric pun datang balik...it's getting worse...everytime i eat, i will feel the pain, and kalau tak makan pun sakit jugak. =_=
Menyusahkan betul...

Anyway, i have been thinking...when and where did the beautiful brides do their facial treatment (especially in Kuching)?
Adakah setahun sebelum wedding? Or sebulan sebelum? In my thoughts, aku tak fikir yang buat facial dalam masa sebulan sebelum is a good idea...Sebab kadang-kadang acne boleh datang balik and break out on your big day. It happened waktu masa bertunang dulu. ;_; Tumbuh besar kaler merah kat atas nose bridge pulak tu! *sigh*

Buat masa sekarang, aku ader a few choices (in Kuching)...

1. Home facial treatment by my aunt's friend.
Location at Taman Puteri.

- Price: RM35 untuk acne, RM20 untuk normal facial.
- Products: Menard
- Pros: Aunty ni tak takut nak pecahkan jerawat. Sampai menangis aku
kena pecah jerawat tu. Hahaha~! Usu sempat ambik video lagi...
*jangan harap nak tengok video tu, kahkahkah!* And dier ader
machine-machine yang macam boleh zap-zap dengan electric lepas
buat facial. :P And makcik ni baik. Baik ke? Skali je aku pegi sini. Hehe.
- Cons: Susah nak contact la makcik ni...Waktu buat treatment tu..haa...
dengarla dier membebel sebab aku tak reti nak jaga muka and makan
tak ikut pantang. Aku takde belacan ngan cili tak boleh idop... ;_;
But 'bebelan' dier ni ader bagusnye...kan? :D


2. Home facial treatment suggested by my sister and Ana.
Location at Taman Tabuan Jaya.

- Price: RM45
- Products: Unknown, never been there before.
- Pros: Muka Ana and her mom and older sis sangat cantik, putih,
dan gebuuuuu~!!! Yelah...diorang tiap2 bulan pegi buat facial...Adik
aku (bakal jadi kakak ipar Ana) pun suka buat facial kat sini.
- Cons: Jauh dari rumah...and...RM45 for one session wo... ;_;


3. Elizabeth Arden.
Location at Parkson Grand, Riverside.

- Price: Free
- Products: Obviously Elizabeth Arden
- Pros: Kena beli at least 1 barang skincare from brand ni and aunty
tu cakap boleh bagi facial service free sampai bila-bila. But aku tak
sure sangat...memang betul free ke? Or kena bayar RM30 jugak?
Yelah...kena guna barang branded kan? o.O;; But, dah dua kali Aunty
ni tolong aku pecahkan jerawat (bukan full facial) sebab dier geram
tengok jerawat aku besar. Hahaha~ XD Aku pernah gak beli their
'Eight hour cream' but sayangnye cream tu bukan under skincare.
- Cons: Skincare mahal...satu product dalam range RM150/RM200
keatas. Kalau bagus, aku tak kisah, cuma kena jimat pakai lah...
But...aku cuma takut nanti kena suruh beli barang-barang lain pulak
kalau nak guna service facial ni. And oh...aunty ni pun suka bebel...
hahaha~XD Dier siap tanya aku makan apa, guna product apa...and
pastu suka buat bunyi, "Tsk tsk tsk...." or "EEEEEEEEE" or
"Eeeyeeerrrrrr...." bila dier keluarkan jerawat tu.

--------------------------------------

Jadi...aku nak sangat mintak tolong pendapat korang...maybe ader
suggestions ke? Brand aper lagi yang bagus dan boleh bagi facial
free? Estee Lauder ader tak? Aku kalau boleh, kalau kena spend
dalam RM200 untuk satu benda but boleh dapat benefits dalam tempoh
masa yg panjang, lagi suka! Memanglah takde benda yg free skarang ni.
But kalau ada, syukur Alhamdulillah...Lagipun, semua nak kena ambik
kira budget, kan? :/

Skarang pun aku nak kena buat facial lah...byk sangat 'sampah sarap' kat atas muka ni.
Benci la... =_=

Friday, January 22, 2010

Perihal Exam dan Study...

Alhamdulillah...Ya Allah! Aku berterima kasih kepadamu!
Aku lulus exam untuk semester lepas! Meaning that, I still have another one more semester to go, with 1 more subject. Terima kasih sangat-sangat la kat saper-saper yang doakan aku lulus exam ni.

Quote from my dad, "Belum graduate, tak leh kawen."

Sepanjang semester holiday ni, aku tersangat-sangat depressed sbb aku takut fail. Aku bukannya pelajar cemerlang dalam bidang marketing ni...Aku minat kat Designing & Multimedia works je...
Memang patut la university aku dah bubarkan course (multimedia & business marketing) aku ni, and concentrate je on fully Multimedia Design in which aku tak leh nak tukar course lagi sebab dah final year... Jadi terpaksalah aku continue ngan marketing subjects yang kepala aku sangat slow nak terima semua terms and theories tu. And oh, semua Multimedia subjects ku dah habis awal-awal sebab aku suka. XD

Aku sangat happy skarang! Barulah aku boleh enjoy masa holiday aku ni sebelum masuk semester baru! Takde lagi la tambahan stress aku selain daripada stress mencari barang-barang kahwin, ye tak? :P Then, must strive to the fullest and the best for graduation! Yoshhaaaa!!! XD

Wednesday, January 20, 2010

Mission B: Pertunangan & Hantaran - The Introduction

♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥

Kat Sarawak, majlis pertunangan untuk orang melayu biasanya disambut dengan gilang-gemilang... hahahaha~! Memang boleh naik pokai beb! Time ni lah kedua-dua belah keluarga bertukar-tukar hantaran...Nenek aku cakap "Ngantar bintang". Aku yang boleh dikatakan PHAIL bahasa Sarawak Classic terpinga-pinga...
"Bintang??". Jadi aku buat theory sendiri yang maybe zaman dulu-dulu hantaran diletakkan di atas err...apa nama menatang alah tu...pahar?? Ya, sila tolong saya perbaiki ayat saya. Terima kasih! Katakan lah benda tu memang namanya pahar, then pahar zaman dulu-dulu tu bentuk macam bintang kot? Hahaha~ tu theory aku je tu...

Hantaran ni hanyalah dihantar sekali sahaja. Tak perlu nak hantar time nikah nanti.
Jadi...hantaran selalunya dihias grand-grand and barang yang dihantar consists of barang-barang keperluan such as perfume, baju, alat solek, makanan, etc. Usually yang biasa aku tengok, minimum jumlah hantaran kat sini slalunya 5 berbalas 7, dan maximum... err...sampai beberapa buah bas orang hantar...serious...Nenek aku cakap la...hahaha~! Sebab, kat kampung tu...bila ader orang nak bertunang, setiap rumah kat kampung tu akan bagi satu hadiah. Ha...best kan? Hahaha! Baik hati sungguh!


My hantaran punya decoration, semua buat sendiri. :D Nenek aku tentang habis-habisan sebab dier tak cayer aku ada tangan magic *perasan*. Hahaha! Well, i have my own dreams...ada tema sendiri...and i'm a perfectionist. Biarpun aku tak pernah buat hantaran sebelum ni, but aku pedulik apa...janji hati senang. Cantik ke...buruk ke...tu semua belakang kira. That's why aku berazam nak buat sehabis baik, and keputusannya, Alhamdulillah... Nak tengok gambar? Tunggu post akan datang. :P

Duit hantaran pulak...aku mintak RM10101.01. Yabuki hantar half for majlis tunang ni. Well...pasal duit ni...usually
dah termasuk dengan duit belanja dapur, set bilik untuk nikah, sewa baju, etc...So...tak sama macam kat Semenanjung i guess? Sebab apa yang aku baca, duit hantaran selalunya disimpan oleh the lady. But here, yelah...dah kira ok aper, cuz pihak lelaki tak payah nak jeling-jeling or complaint duit hantaran mahal sebab duit ni digunakan untuk diorang jugak. Kalau beli PS3 ngan games dier yang average harga RM200 for one tu boleh, beli gadgets boleh, beli tv flat screen boleh, naper untuk kawen tak leh pulak? Lagipun...RM10k bukannya cukup...Ini
dari aku punya calculation sendiri...set bilik mana ada murah kat sini. Tak macam kat semenanjung...RM800 for full set pun ada. Aku survey - dalam RM5k baru cukup untuk 1 full set bilik. Aku cakap katil aku tu masih boleh pakai lagi, but aku plak yang kena lecture. Nenek aku la tu...dier nak semua baru. =_= For catering, sekepala dalam RM10 - RM14. Majlis Sanding, selalunya orang tua mesti nak jemput sekampung, kalau tak...malu katanya. =A=''' Belum lagi sewa baju, sewa khemah, dewan (kalau ada), upah dj, mc, souvenirs, facial treatment, dan sebagainya...ye tak?

Haih...culture betul-betul membunuh wallet ku... Nenek aku pun sama...Orang kampung pun sama... Kalau
kurang sikit, habislah satu kampung mengata. Err...aku punya 'trendy' habit pun boleh kena blame jugak...hehe~ sebab nak semua barang yang lawa... :P

♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥


Tuesday, January 19, 2010

My Wedding MISSIONS

Ye ye...perangai aku start balik...malas nak update... -_-
Sorry sesangat!

♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥
Yeahhh!! Aku dah tukar nama and url blog nih!
Yelah...tahun baru, layout pun baru. Aku ambik from Shabby Designs.
Sweet & Vintage! i loike~!

My updates;
1. Saya dah bertunang, terima kasih!
2. Saya sangat pokai. ;_;
3. Saya tengah survey barang kawen. :P
4. Saya tengah addict surf website pengantin!! Oh tidakkkk~!!!!

♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥
Oh anyway...Nama baru blog ni adalah...

My Wedding MISSIONS~!! :D

Why tukar?
Sebab tarikh 101010 tu...aku rasa cam banyak sangat halangan yang tak
bagi aku langsungkan nikah aku waktu tu. Pada tarikh tu, hari Ahad, so
kalau nak buat sanding, cam sayang plak. Kalau nak buat nikah, sanding
kena tunggu bulan November...sebab time tu baru family aku kat
Semenanjung boleh plan datang. Tapi...cam basi je...^^;;;;

Jadi...aku ada a few dates in my mind to have my wedding;

This year
10/10/10 - Solemnization / Akad Nikah
27 & 28/11/10 - Reception / Sanding / Tandang

Next year
11/11/11 - Solemnization / Akad Nikah
12 & 13/11/11 - Reception / Sanding / Tandang

Tapi...kalau tunggu next year...umo aku dah 27...uwaaa~!!!
Aku tak penah terfikir nak kawen lewat... sebab aku ni
seorang nenek yang banyak penyakit... u_u;;; Lagipun...
aku...ntahlah...niat aku memang nak kawen tahun ni...
dah kenja kali...hahahaha~!!

Macam mana pun...semoga aku diberkati Allah...mintak la jauh
segala halangan dalam mengharungi waktu tunang ni.
Semoga my dream wedding akan jadi successful!
Ya kawan-kawannnn~~ sila doakan saya!

♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥