Wednesday, January 20, 2010

Mission B: Pertunangan & Hantaran - The Introduction

♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥

Kat Sarawak, majlis pertunangan untuk orang melayu biasanya disambut dengan gilang-gemilang... hahahaha~! Memang boleh naik pokai beb! Time ni lah kedua-dua belah keluarga bertukar-tukar hantaran...Nenek aku cakap "Ngantar bintang". Aku yang boleh dikatakan PHAIL bahasa Sarawak Classic terpinga-pinga...
"Bintang??". Jadi aku buat theory sendiri yang maybe zaman dulu-dulu hantaran diletakkan di atas err...apa nama menatang alah tu...pahar?? Ya, sila tolong saya perbaiki ayat saya. Terima kasih! Katakan lah benda tu memang namanya pahar, then pahar zaman dulu-dulu tu bentuk macam bintang kot? Hahaha~ tu theory aku je tu...

Hantaran ni hanyalah dihantar sekali sahaja. Tak perlu nak hantar time nikah nanti.
Jadi...hantaran selalunya dihias grand-grand and barang yang dihantar consists of barang-barang keperluan such as perfume, baju, alat solek, makanan, etc. Usually yang biasa aku tengok, minimum jumlah hantaran kat sini slalunya 5 berbalas 7, dan maximum... err...sampai beberapa buah bas orang hantar...serious...Nenek aku cakap la...hahaha~! Sebab, kat kampung tu...bila ader orang nak bertunang, setiap rumah kat kampung tu akan bagi satu hadiah. Ha...best kan? Hahaha! Baik hati sungguh!


My hantaran punya decoration, semua buat sendiri. :D Nenek aku tentang habis-habisan sebab dier tak cayer aku ada tangan magic *perasan*. Hahaha! Well, i have my own dreams...ada tema sendiri...and i'm a perfectionist. Biarpun aku tak pernah buat hantaran sebelum ni, but aku pedulik apa...janji hati senang. Cantik ke...buruk ke...tu semua belakang kira. That's why aku berazam nak buat sehabis baik, and keputusannya, Alhamdulillah... Nak tengok gambar? Tunggu post akan datang. :P

Duit hantaran pulak...aku mintak RM10101.01. Yabuki hantar half for majlis tunang ni. Well...pasal duit ni...usually
dah termasuk dengan duit belanja dapur, set bilik untuk nikah, sewa baju, etc...So...tak sama macam kat Semenanjung i guess? Sebab apa yang aku baca, duit hantaran selalunya disimpan oleh the lady. But here, yelah...dah kira ok aper, cuz pihak lelaki tak payah nak jeling-jeling or complaint duit hantaran mahal sebab duit ni digunakan untuk diorang jugak. Kalau beli PS3 ngan games dier yang average harga RM200 for one tu boleh, beli gadgets boleh, beli tv flat screen boleh, naper untuk kawen tak leh pulak? Lagipun...RM10k bukannya cukup...Ini
dari aku punya calculation sendiri...set bilik mana ada murah kat sini. Tak macam kat semenanjung...RM800 for full set pun ada. Aku survey - dalam RM5k baru cukup untuk 1 full set bilik. Aku cakap katil aku tu masih boleh pakai lagi, but aku plak yang kena lecture. Nenek aku la tu...dier nak semua baru. =_= For catering, sekepala dalam RM10 - RM14. Majlis Sanding, selalunya orang tua mesti nak jemput sekampung, kalau tak...malu katanya. =A=''' Belum lagi sewa baju, sewa khemah, dewan (kalau ada), upah dj, mc, souvenirs, facial treatment, dan sebagainya...ye tak?

Haih...culture betul-betul membunuh wallet ku... Nenek aku pun sama...Orang kampung pun sama... Kalau
kurang sikit, habislah satu kampung mengata. Err...aku punya 'trendy' habit pun boleh kena blame jugak...hehe~ sebab nak semua barang yang lawa... :P

♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥


2 comments:

TeddyTales said...

Yeaps, my mom's fren's niece's hantaran was 40-50 plates which consisted of majority cakes made by their frens and relatives along with some homecooked food from the bride's dad n_n
I guess to save cost, u could try asking some Swinburne frens to help out as ur MC and DJ >_n

Mrs. Ichiban said...

whoaaa~!! that's alot! XD

As for MC,i think one of my family member will do it.
Might call our friends up if i need help with anything. Thanks! *hugs*