Showing posts with label Merisik. Show all posts
Showing posts with label Merisik. Show all posts

Tuesday, February 22, 2011

Panduan Proses untuk anda Kawen!

Ditujukan buat someone. ;)

Mengikut adat istiadat orang Melayu Sarawak (well, at least apa yang aku tauk lah) , ada 3 - 5 proses dalam perkahwinan. :D Aku dah melalui kelima-lima proses ni, so nak share-share kat sapa-sapa yang nak melangsungkan or saja nak gain more knowledge. ^^

Jom kita tengok...

  1. Merisik
  2. Bertekol
  3. Bertunang
  4. Nikah
  5. Sanding

First, Merisik. Proses untuk family pihak lelaki pergi berjumpa ibu-bapa pihak perempuan menanyakan si gadis sudah berpunya kah belum. Sekiranya belum, pihak lelaki akan memberitahu hajat untuk menyunting bunga di taman (yerrr...bahasa skema) dan memperkenalkan si empunya yang bakal disatukan dengan si gadis. Even though most people nowadays skipped this tradition as the both of the lovers' family already known each other, but it would be nice or 'manis' if the parents meet each other and talk. Mengeratkan silaturrahim bah... Furthermore, they can discuss bila tarikh untuk bertekol (jika ada) or/and bertunang.

Second, Bertekol. Proses yang lebih kurang sama dengan bertunang, not requiring any wang hantaran or barang hantaran/gifts, tetapi pihak keluarga lelaki datang ke rumah hanya menghantar sebentuk cincin (selalunya emas belah rotan) dan duit 'buka mulut' berjumlah RM50 (or seikhlas hati). Selalunya ada jamuan dan baca doa kecil-kecilan. This proses, in my opinion...macam...meletakkan reservation or pre-deposit (sik bermaksud nak polah bunyinya macam barang, but in kata yang paling simple, kira camyalah). Sort of like... "Aku CHOP dolokkk!!! Tunggu aku ngumpol duit baruk mek org bertunang/kawen!!". Dalam masa ni jugak, ada yang terus menetapkan tarikh untuk mengikat pertunangan dan jumlah wang hantaran.

Third, Bertunang. Proses yang dilakukan besar-besaran di Sarawak. Haha! Somehow macam kenduri kawen pun ada. Mungkin kat Sarawak, usually yang buat meriah-meriah sebab tempoh pertunangan yang agak lama sebelum bernikah. Well, it depends on how the family want it to be; yang grand, or simple. :) Terpulang kepada budget anda. Tepuk dada, check pocket, tanya selera (anda dan keluarga anda). In this process, pihak lelaki akan menghantar sebentuk cincin berlian, wang 'buka mulut' (usually dalam RM80), wang hantaran (full amount or half, where the other balance will be paid during Majlis Nikah kelak), and barang hantaran. Barang hantaran termasuklah pakaian, perhiasan, makanan, etc. Ramai di Sarawak cuma menghantar barang hantaran ini sekali sahaja hanya pada majlis pertunangan untuk mengelakkan pembaziran. Selalunya di Sarawak, ada watikah disertakan sekali sebagai perjanjian. Mengikut trend semasa (chewah), ada juga pasangan membuat proses bertunang ini sekali pada hari pernikahan, juga untuk menjimatkan masa dan wang. :)

- di antara ini, anda boleh mengambil Kursus Pra-perkahwinan yang telah disediakan oleh Jabatan Agama Islam di negeri-negeri anda!-

- Jangan lupa cari Tok Kadi & reserve!-

-anda juga dikehendaki mengisi borang permohonan bernikah & memberitahu tarikh, sediakan gambar passport (bertudung bagi wanita), nama wali & sijil kahwin wali, nama orang yang akan menikahkan, etc. Borang boleh didapati di Jabatan Agama Islam. -

Fourth, Nikah. Saat yang dinanti-nantikan!! XD Nabes oi time tok! Tapi in my kes, sik nabes, tp sakit hati...hahaha...because of Mak Andam yang melarikan diri di saat akhir. Proses tok memerlukan Mas Kahwin mengikut Jabatan Agama Islam Sarawak berjumlah RM120 atau mengikut jumlah yang diminta oleh pengantin perempuan, 2 bentuk cincin (kalau lelaki takde cincin pun takpe), balance of the wang hantaran jika ada, barang hantaran jika ada, dan...yang paling penting!! Segala dokumen-dokumen seperti Kad pengenalan diri, sijil kursus Pra-perkahwinan, etc. Borang nikah anda akan dibawa oleh Tok Kadi. Wali mesti ada. Jangan lupa sediakan 2 orang saksi dari pihak lelaki, dan dua orang saksi dari pihak perempuan. Sediakan wang saguhati untuk Tok Kadi & saksi-saksi. Majlis makan-makan & doa selamat diusulkan sejurus selepas selesainya proses pernikahan.

Fifth, Persandingan. Persandingan boleh dibuat bila-bila masa sahaja selepas majlis pernikahan berlaku. Be it right after the Nikah ceremony, or the next day, or even a month or few months ahead. :) Majlis ini dilakukan untuk mengumumkan yang si pengantin tok tek dah mengikat tali perkahwinan untuk mengelakkan buah mulut jahat dan penangan laser-laser orang yang suka molah fitnah. Usually diraikan dua kali untuk kedua-dua pihak, atas sekali lagi, trend baru yang lebih jimat duit dan masa, 'berjemuk' (adakah ayat ini di-derive-kan daripada perkataan majmuk?) iaitu berkongsi majlis di satu tempat yang sama. Adat yang selalu dibuat pada proses ini adalah bersanding di pelamin, membaca doa, makan 'nasi temuan', potong cake or nasi pulut, bertepung-tawar, dan etc...


--------------------------------

Dalam kelima-lima proses diatas, si bakal pengantin lelaki selalunya sik pergi skali dalam proses 1 - 3. Orang padah, sik manis dipandang...tang macam terhegeh-hegeh... another reason bak kata my mom...kelak dah basik! :P So, simpan everything time Nikah jak la...

Next post? My budget nikah as requested by the same person. :P

Wednesday, April 22, 2009

Mission A: Merisik

Mission Completed!

On February, Encik boyfriend tiba-tiba tanya whether my family free ke tak on 8th March. Aku mula-mula hairan jugak apesal dier tanya. Pastu dier ckp family nak datang merisik. Aku pun terkejut beruk. Yelah...actually aku tengah makan hati dengan dier ni...aderla hal yg dier sendiri tak tau camne aku boleh tahu. Heheheh...aku spy terbaeeekkkk dalam donia... fuufufufu~~
Macam tiba-tiba je dier ni macam takut aku terlepas jek...terus 'sambar' dengan merisik.

Jadi...aku tanya la dengan mak aku... "Mak...ada orang nak datang merisik." Straightforward ayat aku. :D Tapi mak aku tanya, "Sapa?". Yarabbi...sapa lagi...aku mana ada 2 boyfriend pon... D:
Yang paling tak best, dier siap membebel lagi yang aku tak pass lagi nak jadi bini orang, tak pandai mengemas rumah, tak pandai memasak, etc... EHHHHHHHH!! Aku terror memasak aper...mak aku tu yg tak sama taste ngan aku...aku siap masak Italian, Japanese, and Chinese styles lagi. Masak kari aku tak tau...ahahahaha~! XD Tapi mak aku langsung taknak makan aper yg aku masak...sedey giler... ;___; Adik-adik aku je yg suka. Yabuki pun 'sumak-ndak' or buat dunno je cam makan tapi tak makan...

Part bapak aku pulak...ni aku ader nervous sket la...aku call dier..."Pak...Family Aziz nak datang merisik...". Bapak aku diam membisu...Aku tanya lagi...pastu dier marah..."Haaa???? Jangan nak macam-macam! Belajar pun tak habis dah nak kawen!". =___=
Lama jugak aku convince kan dier ni yg orang nak merisik je bukan nya kawen terus...Lagipun aku belum graduate lagi, aku pon taknak kawen masa aku masih study. Dalam masa tu rupa-rupanya bapak aku tepon adik aku kat Shah Alam...aper lagi...mengadu lah tu..."Adek...kakak kamu dah nak tinggalkan bapak...". Tu aper yg adik aku crita balik. Hahaha~! XD

Alhamdulillah...family aku terima jugak. Nenek aku la yg paling happy sbb dah lama dier ni bising2 tanya bila Encik Bf nak masuk meminang...sebab dah lama sgt kitorang couple...7 tahun.

On the actual date...nenek aku order catering masak nasi beriyani...Ada 8 person (not including Encik bf. Dier datang sbb nak show jalan) datang (waktu tu buat kat rumah nenek). Aku duduk dlm bilik je. Pakai baju kurung of course...Sedondon kaler grey ngan encik bf. :P Tiba-tiba mak aku and Nek Sara (representative family yg nenek aku assigned. haha.) masuk dalam bilik suruh aku keluar sebab diorang nak sarungkan cincin risik. @___@ Mak aku suruh aku pakai tudung, Nek Sara suruh ikat rambut je. Aku jadi kelam-kabut sbb tak tau nak buat camne... @_@ Aku ambik je selendang kaler grey and pin kan. Ya Allah...selendang tu asyik nak jatuh je...yelah, tak prepare awal-awal memang ler lagu tu...Haha... XD

Makcik dier yg sarungkan cincin kat jari aku...fufufu...Senyum tersipu-sipu la aku of course. :P Aku sempat jugak mengerling kat kaler lipstick aunty Normah (Mak Encik bf). Kaler pink, cantek and sweet kaler dier. *_* Aku suka~! Pastu, kena salam ngan semua orang. Huhu... Bapak aku yg sepatutnya ambik gambar hilang entah kemana...

Majlis tu sekejap je...Lepas makan, diorang pulang... Aku bukannya tau sangat pun diorang bincang pasal aper...Yang aku tahu lepas diinform, diorang nak Majlis Pertunangan and usulkan tarikh 14th June 2009. Tapi aku terpaksa menolak sbb on 15th aku dah nak final exam. Kerja Multimedia Project 2 aku gerenti byk yg nak kena siapkan...so aku mintak postpone to 5th July 2009. ^_^

Panjang giler post ni...Lain hari aku crita pasal yg lain pulak. :D Baibai!