Showing posts with label Bahasa Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Bahasa Malaysia. Show all posts

Thursday, August 1, 2013

23rd Ramadan~

Assalammualaikum! I hope it is not too late to wish everyone Happy Ramadan!
Tinggal seminggu je lagi nak raya... hehehe...

Bin Talib punya Ramadan wish. Ala... I made this one, apa salahnye pinjam... Hehe!

Alhamdulillah, bulan Ramadan ni, takde mengidam apa2... but Incik Hasben sangat suka minum air tebu and mengidam nasi biryani... Just that, sebelum bulan puasa lagi I wish to eat sushi and salmon! Ini bukan mengidam... but all time favourite food! But... tak tau lagi ada rezeki nak makan ke tak... 

Bulan ni sangaaatttt sengkek... dugaan bulan puasa kot... sahur kitorang just makan cornflakes or honey stars (why honey stars sekarang tak manis?? sangat kecewa! D:), biskut and kurma... Tapi, Alhamdulillah... takde preparation last minute kot... sebab semua dah beli before puasa. Tu yg purse rasa sengkek... hahaha!

Maybe boleh pakai baju cosplay yg jenis dress tu... hehehe! Hambik kau~ tahun ni byk spend on cosplay sebab last year tak cosplay terus... Ngerenyam rasa ati. Tahun ni InsyaAllah, a week after raya, we'll join Kyanime 2013... macam biasa... our group, The Dolly Carnet akan bukak booth for Dolls Gallery and ada workshop with contest both for adults and kids. ^^ For more info, sila pegi ke link The Dolly Carnet or Dollygasmic!.

Cakap pasal persiapan raya... I tried making my last year punya cookies. Saya budak baru belajar~ hehehe! Last year tak sangka ada orang yg minat. Self-made recipe yg dicampur aduk dari website. Hahaha! But tahun ni, my oven tak dapat nak cater heavy duty jobs... so... ada yg okay, ada yg hangus, and ada yg tak masak. D: Wooo... sedih... Kena tunggu balik Kuching, baru boleh make another batch...



Wednesday, February 27, 2013

Back to Sibu!

Wooo! I'm back in Sibu!
Alhamdulillah, dapat jugak buat apa yg aku nak buat (ayat apakah ini?) all these while...

Pejam mata je lah, spent duit buat facial on last Monday. Sebab dah macam kebun ternak jerawat dah muka ni x pernah continue buat facial since my last surgery. Lagipun, aku terkena allergy while in Kuching. Sekarang dah about 3 months aku x consume any allergy medication or even panadol to tahan sakit senggugut. Alhamdulillah...kuatkan usaha & cari duit utk beli more cuka kurma & cuka delima. Hehehe!

On last Saturday, nak bawak Baby pegi 'jogging'. At least ada jugak Baby makan angin jalan2 & aku boleh keluarkan peluh while tolak wheelchair tu... But...aishhh...bebudak sekarang...melayan game je!
Takpe... tapi...kinda frustrated sbb dah beria-ia sangat nak bawak Baby. :/ Tu kisah kecewa lah...but good news is... aku dah boleh buat walking session selama sejam tanpa henti! XD Oh happy nya!!! Dulu kalau 2 round je dah 'peng'! XD

Then, lepas jogging, straight pegi jumpa with Ann & Bang Rizal & little Zuqni... biasala... kalau x jumpa, memang x sah. Tried jugak Fried Banana Cheese kat Kuching Station. I think kalau tambah lebih susu & cheese, lagi sedap kot... After that, melangsaikan hutang 'ketam' kat Ann... Hahaha! Dulu, semasa Ann pregnant and mengidam ketam, encik hasben x sempat nak belikan. Sampai sekarang jadi joke within our friends sebab Zuqni ada tanda lahir/ bana and Ann berseloroh cakap tu la penangan sbb ketam x dapat... Baru ku tau belief orang lama-lama... hehehe! Jadi, kitorang pun pegi kat TopSpot sebab D11 tutup for Chap Goh Meh.

While tunggu lift, terserempak pulak with pelakon Nabila Huda. Kulit tanned dia cantik, and skin flawless! Ohhhh! Aku suka perempuan kulit tanned! Wahahaha! Aku shy pulak nak say Hi. Terlupa pulak ada Berita Harian punya event on the next day at Spring. No wonder... Punyalah ramai orang nak makan seafood, so kitorang naik tangga je lah...sambung jogging. :P Nabila and her friend(s) pun ikut skali.

That time, suami-suami yg order kan food, while isteri-isteri tunggu kat table. But bila food sampai...alahai... frusttttt!! Encik hasben x reti nak pilih menu! Dia pi order Sweet & Sour Crab! *datang mohar* Wuuuuu terlepas Chilli Crabbbbbb!!!! The dried butter prawn was nice, and the tomyam is quite good too. Sorry, lupa ambik gambar. :P That night, terus ada gatal2 at the corner of my eyes.

On Sunday, aku terus kena flu...hidung bocor and non-stop sneezing. Aaaahhh!! Dah sah memang kena allergic! Punya la seksa... nasib baik Teddy cakap dia tak boleh join our doll-talk at Gifts & Cards shop at The Spring... so aku gerak quite late around 4...

Sampai je kat area The Spring, waaahhhh!!! Ramainya manusia! Terpaksa parking kat seberang... That time, with that flu, boleh jugak termuntah-muntah... angin dah masuk... T___T Sampai je kat Gifts & Cards, ala...kesian Vela tunggu... Sorry cik Vela! Saya tak sihat!

Took out my dolls, and biar Vela examine... my doll, Alexei Yonghwa ada prob with the shoulder... the shoulder loose and asyik jatuh je...lupa pulak nak mintak pics from Vela... masa tu sibuk cari washroom. And YAYYYY!!! Shoulder problem dah fixed! XD Thank you Vela!!!

Then, kitorang apa lagi...buat mini photoshoot with the shop's items. Hehehe!
But aku...agak susah sikit nak gerak sbb my nose punyalah sakit... hingus meleleh je... tak boleh blah bila part hingus meleleh byk2 atas baju...eeeeeeeeeeeeee!!! Memalukannn!!!! T________T
Later that night, aku menapau salmon sashimi yang diidam-idamkan... sebab salmon sushi dah out of stock... And the manager informed me yang Sushi King akan dibuka in Sibu around July! Yaaaaaayyyyyyyyyyy!!!!! XD Finally!!!!

But...tak tahu jugak la... Encik Hasben kata...ada ura-ura office staff akan kena shift to other regions. Harap2, hasben dapat transfer balik ke Kuching, or tak pun, di Sibu je pun boleh (ini my thoughts lah.). Rasa sayang nak pindah. :( I love my house...

Okaylah...rasanya 'harus' stop kat sini. :P
Dah panjang berjela...and aku nak makan... Malam ni dinner sorang-sorang. Encik hasben terlupa dia ada dinner seafood with his boss. Ohh bosss!! Sila tapau Chili Crab pleeeeaaassseee!!!

Friday, February 22, 2013

The conclusion so far...

Assalammualaikum~

Tergerak pulak hati nak berblog pagi ni... Well, actually lama dah nak buat entry but kadang2 bila dah banyak idea, tetiba jadi malas. Macam mana tu? -_-zzz
And banyaaakkk cantek aku...hari ni actually sangat busy nak packing baju sebab nak balik Kuching for the weekend, but masa ni jugak aku nak berblogging.

Baiklah, kepada pembukaan entry pertama dalam tahun 2013 ni, just some updates:

1) Adopt kucing from Kpg Nangka yang sangat bising and nakal.


Gangsta Bilem: I'm the Black Ferrari, or Black Jaguar, or Black Ducati, whatever you want to call me.

2) So far dah ada 2 Pullip, 2 Taeyang, 1 Byul, and 2 Monster High dolls in my collection. Still craving for Isul and Dal dolls, and more Monster High... *___*

Yong Hwa: "Hey Sexy!"
My latest doll, Alexei YongHwa (Russian Korean mixed, chewah...hahahaha!!)

3) Masuk Monster High Fashion Design & Monster High Makeover contests organized by YourShoppingKaki.blogspot.com and Mattel, and won a Monster High doll for the design contest! Yayyyy!!!! XD The prize belum sampai lagi...

Rockabilly Operetta~ <3 div="">

4) Masuk lagi another contest for MH...Wahahaha! Suka join for fun because I love Monster High! *_*
Link kat sini! Your Shopping Kaki's FB.

5) Aku masih belum ada baby lagi...Wuuu... But Alhamdulillah... aku dah tak rasa macam nak marah2 lagi bila orang asyik bertanya dah ada baby ke belum. Rezeki ketentuan Allah... :) Right now, aku just berusaha mengamalkan makanan sunnah Rasulullah macam Cuka Kurma, Cuka Delima, dan Habbatus Sauda... 

6) Husband ku bukak bisnes kecik...jual specialty items macam yg aku makan kat atas tadi... at Bin Talib Specialty Store.
Date Vinegar, Pomegranate Vinegar, Apple Vinegar, Ithmid, Honey, etc...semua from middle east, europe, and InsyaAllah, more to come. Nama Bin Talib tu pun di derive untuk memperingati my husband's punya ancestors' family name from Hadramaut, Yemen. So, sapa2 yg free and being curious tu, pegi la visit FB site. :)

7) Aku actually terfikir nak bukak another blog just for hobby. Macam...takut menyemak je dlm My Wedding Missions. Ntahlah... personal blog pun dah sekian malasnya nak update...apatah lagi nak keep up another one? Actually aku ada bukak The Dolly Carnet for dolls related stuff...but since now TDC dah jadi banyak member active hanya dalam FB, aku rasa TDC blog maybe suitable utk put up notices, newspaper articles, & gathering entries yang lebih macam...rasmi? Tak boleh nak membebel sangat macam personal blog...if you know what i mean... ._. So what do you think?


-----------------
I think so far...tu je la kot?
Maybe ada lagi, but warrrgghhh!!! Dah nak pukul 11 pagi! I need to kemas barang now... 
Baiiii!!!! Wahahaha!!

Monday, May 28, 2012

Umm...hello?

Assalammualaikum!

Hisashiburi da ne~! ^^

Semenjak bertwitter ni...ku telah melupakan blog...Huhuhu...*pats pats blog*
Semua perasaan suka, bencik, meluat dah diluahkan dalam Twitter.
Adakah itu suatu perkara yang baik, wahai Bloggers and readers sekalian? :X

Anyway, Congratulations to my friend Nieza on her 2nd child, a prince name "Darwisy Attirmidzi"!!! Handsome sangat baby boy ni...Jomlah visit Mama Nieza kat sini!

Well, selepas my surgery, dalam beberapa bulan, aku ikut En. Hasben ke Sibu...kesian dia asyik tanya bila aku dah ready untuk 'travelling'. Nenek aku bagi nasihat keras untuk jangan berRoad Trip sebab taknak apa-apa kat dalam perut tu shaking. So aku pun naik flight.

But dah beberapa kali jugaklah after that kami berdua balik Kuching guna road trip. Nenek aku hanya dapat geleng kepala. Yelah...kalau tak balik, rindu pulak. Kalau balik guna flight, alahai mana la mampu untuk dua orang kalau dah selalu.

Actually...memang sangat sakit kalau roadtrip after surgery...Dalam sehari dua memang takde apa-apa effects...but dalam beberapa hari after that or a week, SubhanAllah...sakitttt sangat!
Pernah sekali, dalam masa beberapa hari menahan sakit, then one day pukul 12:30 pagi, time tengah tido, tiba-tiba boleh terjaga sebab sakit masuk dalam mimpi... Terus kejutkan hasben and mintak dia hantar ke Hospital Sibu Emergency.

Tapi membencikan...doc memang tak dapat kesan apa-apa... buang masa kat situ sampai pukul 5 pagi...masih dalam keadaan menahan sakit. But bersyukur sebab bukan mengandung luar rahim...

After that, aku pergi jumpa Dr. Henry Toh lagi...kali ni dia check bebetul...and dia cakap, masih ada cyst yang tinggal, sama mcm apa yg dia scanned dulu. Ha! Aku dah agak dah...mesti docs kat GH dulu panic sebab terruptured cyst aku yang besar tu sampai tak bothered utk check di tempat lain. Aku memang recommend Dr. Toh...dia check gila-gila kow-kow! Puas hati.

Haishhh... headdesk sungguh la...
Amacam? So far, aku and hasben tak buat apa-apa... Hasben pun macam dah putus asa.
Nak ambik IVF mahal wo... bertuah sungguh anak itu...RM25k. Hehe.
Takpelah...takde rezeki lagi... doakan lah...kot-kot ada miracle. InsyaAllah... :)




Monday, February 6, 2012

Tips Untuk Selepas Laparotomy Cystectomy?

Assalammualaikum...

Dah beberapa hari aku dah keluar wad, asyik duduk kat rumah je. Alahai...teruk jugak aku kena pantang makan.

First week aku kena makan ikan haruan fresh...masak sup & bubur nasi. Bagi aku yang peminat tegar makanan, kena strict makan is such a torture tau!

Aku actually sangat musykil pasal pantang-pantang ni... Yang aku tau, aku just kena warning jangan makan buah or sayur yang berunsur 'sejuk' macam timun. Cili, daging & telur pun tak boleh. Ikan pun sama...just certain je boleh, but itupun aku tak berani. Even oranges pun nenek aku tak bagi.

Kawan aku tanya, kenapa tak tanya doktor? Masalahnya that time (nak discharged), semua doktor kelam kabut nak balik. Patients ramai sangat nak di attend. Nurse pun sampai mengamuk nak uruskan pasal patients yang kena discharged petang tu jugak. Conclusion, aku tak tau apa yang aku boleh makan & tak boleh makan. Ubat yg doktor bagi pun cuma paracetamol & ubat angin je.

Jadi, for rawatan kat rumah, aku makan jeli gamat gold & pati haruan with american ginseng. Anything else aku tak tau...

Ada sesapa boleh share tips for after laparotomy cystectomy (dermoid) surgery? Macam pantang, pemakanan, rutin seharian, & brapa lama nak heal?

Talking about healing process now, wound aku agak painful. Nampak kemerahan sikit kat belahan tu. I wonder why. And, my period sepatutnya datang dalam 3-4 hari lepas but tak nampak pun Aunty Red tu. Tapi...rasa sakit kat ovary kiri tu rasa cam kena seluk-seluk. Pinggang and abdomen bawah pusat pun sakit macam kena senggugut.

Haish...mintak-mintak la ada any bloggers or readers yang pernah kena boleh share pengalaman or give advices.

Your comments would make me very happy! Thank you!


Posted via blog-it app.

Wednesday, November 9, 2011

Happy Eid-Adha!

Assalammualaikum...




Alhamdulillah, aku dan encik suami beraya kat Kuching. Mula-mula dulu dia cakap tak jadi balik.
Duduk kat Sibu je sebab nak jimat duit. Aku pun ok je. Teringin jugak nak masak-masak special sikit kat rumah sendiri. Dapat la beraya dengan Nek Bo & Paknek kat Kpg Nangka tu.

Agaknya bila Puan Ztie tau kitorang tak balik Kuching, so depa pun beli tiket kapai terbang. *terasa nak selitkan bahasa utara la pulak* Yelah, kalau balik ramai-ramai kan best...tapi since encik suami cakap tak balik, takpe lah. Ztie pun mintak tolong nak tumpangkan kereta kat tempat parking kitorang, and mintak hantar kat airport. Boleh jek~ kena tunggu cik abang balik kerja then baru hantar.

Kot-kot dalam 2 hari sebelum Jumaat tu, time aku tengah prepare breakfast, encik suami tanya, "Awak tau tak yang Isnin cuti?". Aku jawab dengan muka wondering, "Tau...kenak?" Ada silence gap kat situ...
Dier cakap, "Ok, kita balik Kuching...sebab dulu time raya kita semua balik Kedah...tak sempat nak raya kat Kuching."

Aku seperti biasa OK je...tapi...alamak...kesian kat Ztie...kalau dier tau lebih awal sebelum beli tiket kan better. Apa boleh buat. ^^;;;

On Friday, lepas hantar Ztie and Achie kat airport, kitorang pun terus balik ikut jalan Durin. First time wooo...and sangat jauh daripada jalan Lanang yang pakai tol tu. Agak-agak, bertolak dari airport around 6 pm, sampai kat simpang jalan area Sebangkoi at 8 pm. Belum lagi sampai kat resting area Sebangkoi...tak berani nak pecut-pecut...hujan lebat!

Singgah rest kat simpang Betong...jam dah pukul 9 lebih...Petronas pun dah tutup, so pegi la kat tempat rehat kat belakang. Tak pernah pegi jugak kat sini, sebab selalu pegi Petronas nak tumpang tandas & beli keropok je. And kalau nak makan, just singgah kat simpang Sri Aman. So far, tandas dier lebih okay daripada yang aku expect. Sebab aku sangat tak berkenan dengan tandas awam especially kat simpang Sri Aman tu. And orang yang jaga tandas tu sangat sukakan kucing! i like!!! Masa balik ke Sibu, aku tanya lagi kat abang ni, sapa bagi makan kat kucing-kucing ni? Dier cakap dier yg feed...at least kena 1kilogram nasi + isi ikan. Ada lebih dari 30 ekor kucing kat situ... Semoga Allah rahmati family abang & wife dier yang sayangkan kucing-kucing & anjing kat situ.

Rasanya, aku dan suami dah tak larat nak travel jauh-jauh malam...sangat mengantuk. Aku dengan automatiknya  kalau dengar bunyi engine, aku akan terlelap...hahaha! Sangat ngeri kalau tengok encik suami mengantuk time driving...berhenti a few times sebab nak lelapkan mata...but sampai bila? In the end, aku jugak yang driving even though a bit slow daripada dier bawak sebab aku masih tak biasa driving jauh. Oklah kot...sebab bila jalan jauh, tak guna clutch sangat...rasa cam guna kereta auto je. But seriau sebab lampu-lampu kereta yang menyebabkan aku migraine. Sampai je Serian, kitorang tukar driver lagi...cuz dier dah 'charge' 'bateri' sikit.

At last, kitorang sampai rumah pukul 2 pagi. Lama kan?
Berbanding dengan dulu yang boleh sampai pukul 11 malam je. Haishhh...dah tua ke??
Sedehnyaaa~!!


Thursday, November 3, 2011

Cerita malam tadi...


Okay, last night teringin nak makan western food...hah, banyak cantek...tak mungkin dapat sebab husband baru je tukar tayar kereta sebab tayar kena paku. Nak tak nak, dia kena tukar 4 tayar sekaligus sbb nak jimatkan kos lagipun tayar memang dah haus. Lagipun memang bahaya sebab kitorang slalu jalan jauh to Kuching and Sibu. Ok, fine...

So kitorang pegi je kat Bandung last night...teringat kat kes Ztie dulu...Ayam Penyet chicken wing potong 5... tak kuasa aku nak ambik risiko ambik Ayam Penyet. So cik abang order Pecal Lele dan aku order Mi Belacan. 2 mangkuk...wait..2 mangkuk??! Ha'ah...sebab...dulu pernah order...patut la murah RM2.50 je...sikit ya amat! Jadi aku 'adventure' order 2 mangkuk. Pastu nampak pulak bunting ads kedai tu...Mi Belacan dah naik harga jadi RM3.50. Hmm...aku rasa takut plak...kenapa naik harga? Food portion naik jugak ke? Ke memang harga bahan mentah naik?

Apa yang aku takutkan pun menjadik...Portion mi tu memang bertambah...alamak...2 mangkuk plak tu!
Aku asyik jeling Pecal Lele kat sebelah... copet sikit...sedap marinate untuk menggoreng tu. Sayang portion je tak best. Aku jeling lagi... "Bie...awak lapar tak?".

Selamba je dier meratah ikan keli tu sambil geleng kepala...cis...plan tak jadik! Aku nak sorong kat mana 1 mangkuk lagi tu... Kucing merenung muka ku, aku tenung muka dier balik... "Mimiwww~! Kitak pandey makan sontong sik?? Pandey makan mi sik??" Kucing tu pun balas, "Miaaawwww!!".

Hmm...aku gigit sikit sotong tu...bagi kat kucing...dier tengok je. Ok, dier tak reti makan. Hish...so aku cuba makan jugak mi satu mangkuk tu. Aku cubit sikit2 ikan keli husband ku...bagi kat kucing yang bermata bulat tadi. Makan lagi mi...pastu, "Miaaawww!! Miaww!!" Alamak...dier minta lagi...macam mana ni...aku tengok ikan kat sebelah tu dah nak habis...takkan la aku nak curi ikan tu dari husband aku pulak.

Aku tunggu punya tunggu...sambil offer kat dier kalau dier masih lapar sila makan mi belacan aku tu. Boleh la kononnya in exchange nak bagi kucing makan...but husband aku nih sangat berhati batu. Habis semua isi ikan... ;___; Kesiannya si kucing. Aku pun carik-carik la bahagian ikan tu yang masih boleh dimakan...cari tulang-tulang yg rangup...bahagian yg tulang masih macam asal aku tak nak bagi...bahaya kalau kucing makan. Boleh tercekik or lekat kat gigi/rahang. Aku bagi sama rata kat 2 ekor kucing pregnant kat bawah meja aku. Alahai kucing-kucing. Semoga ada orang lain yang bagi makan kat korang jugak...Sorry sangat-sangat sebab aku takde duit nak beli proper food untuk korang.

Balik je dari tempat tu, aku sepatutnya pegi jumpa Asmah, but tiba-tiba sakit perut sangat-sangat!!!
Ooohh Asmahhh!! Sorry!!! Nak tumpang tandas, segan pulak...so terpaksa balik rumah. ^^;;;
Harap-harap dapat jumpa malam ni. Got you some Mary Kay goodies! ;)


p/s: i think i should beli dry-food/biscuits for kucing and standby dalam kereta. both cats & dogs can makan.

Monday, October 24, 2011

Gemuk?

Assalammualaikum~!

Hisashiburi!
Always, when in the mood of blogging...bila bukak je new post, tiba-tiba otak boleh jadi blank. Tak tau how to start...That's what happened to me; the reason why i tak update my blog.

Yea...semenjak dah kahwin ni, ramai yang cakap aku dah gemuk. Gemuk ke? Sort of i think...but korang tak pernah tau kot yang i used to be fat when i was little. Hehe! But rasanya my weigh now is average for my height, rather than what i used to be after i finished my SPM! Putus cinta sampai kurus kering...makan banyak but weight around 43kg je. Even my husband cakap aku dulu macam tiang. Takde shape langsung. Sekarang bila badan naik sikit komplen pulak. Cis...cermin dulu cik abang oi~! Awak pun makin comel skarang! :P

But, Alhamdulillah...my weight memang ideal for my height dari segi medical.
Nak check BMI calculation, boleh pegi sini, and for Ideal Weight calculation, kat sini.
Kalau yang complain-complain tu...saja je sebab ladies thoughts memang kalau boleh nak jadi lebih kurus but with great 'asset'. Bukan apa kan? Kalau boleh nak husband asyik pandang kita je. :D


Anyway, bila dah tembam sikit, orang pun banyak yang tanya, "Dah berisi ke?". Isi? Alamak...lemak je lah Aunty! Tu jawapan masa mula-mula dulu...Then jawapan bertukar plak..."Belum ada rezeki..."
Sekarang, aku betul-betul stress...tukar plak jawapan to "Aminnnn....InsyaAllah...doakan lah ye?". Ha...lebih positif...

Alahai...semakin jealous bila Mama_Nabihah called me up and told me that she's pregnant with second child. Alhamdulillah and Congratulations mem!!! My another friend, Ann too, waiting for her first child to deliver any soon. So happy!!! :DDD

Tuesday, May 10, 2011

Happy Mothers' Day!

Rasanya belum terlambat lagi aku nak mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada semua~ ^^

Especially to my mothers; dulu 3 orang...Mak, Nenek & Usu yang berganding bahu membesarkan kitorang adik-beradik...sekarang dah tambah seorang lagi...Mak Mertua...kekekeke~~Tak lupa jugak kat Allahyarhamha Nenek (sebelah mak) Hjh Che Sanah, & makcik-makcik (sebelah mak) kat Semenanjung. Walaupun jauh, kasih sayangmu tetap dikenang. Chewah! XD




10/10/10 My akad nikah day - With mom & little sisters.
Sayang my youngest little sister was not in the picture. :/



Hmm...gambar dengan mak mertua takde pulak...takleh nak upload skali. Huhu...^^;;;
Len kali je lah. :P

p/s: Agaknya bila gik aku nak jadi seorang ibu? :P

Thursday, April 28, 2011

SCANDAL - Haruka

Yeah...PV baru je keluar, dah addicted!
Tarian yang comel! Aku tergoda!! HHNNGGHHH!!!!
Cis...aku pun ada boots tu, tapi kenapa la aku terbeli yang 30 holes punya? Cisss ciss...!! Kalau tak, dah boleh buat cosplay SCANDAL!
Ok, skarang tengah practise gitar lagu ni...mungkin silap langkah...sepatutnya memorize dulu lyrics, baru senang main gitar. :/ Ah...mana-manalah! *Cakap sorang diri*



Lyrics:

Itsu no hika kana erareru
ai wa kimi no soba ni aru
yakusoku nante iranai yo nee
"Haruka" hanarete itte mo

umaku kienai ya
kotoba tte taiyou ni nai de
kokoro toridasette
shimaeba raku naa~ LONELY naa~

oboetta bakkari nanta
okkuru no na gikko terasare
bokura sayonara no kawari ni
wakare to himi ga

haretta kinou sora ni
omoide egai kidasuyou
nakinushitta kushitta
kimi no yasashi uso wasuretta kunai ya iee

namida nante nagasanaiyou
owari janai hajimari saa
samishii saa wo wake atte wo
mae ni susume na ittara

nande darou?yasashi sou tte
ichi mou attode wakaru no nu
kimi to itte higa kagayaitte
boku wa aruitte yukeru

donna mae nichi mou
genjitsu mi wo mashitte yukou e
okina uderu kei ni
oware suru ni nuketeku

mesashita no oru age ni
mieru yo naa mono janai kedo
konde tsuita kisu ato wa
boku ni shin saa

yume wa itsumo haganai mono
kaze ga yukeba kiesou tte
makenai yo ni kesanai yo ni
daiji mamotteitai

namida nante ni awarai yo
konna toki no wa tette
kimi no shitteru boku de iru yo
"Haruka" hanarette yuke mo

akeba tanomu
nanda kasutsu no kunaru?
ano hi hanashitta kimi no
te no nukumori ga wasurerarenai ie

namida nante nagasanaiyo
owari janai hajimari saa
yakusoku nante iranaiyo ne
zutto omotteita na

itsu no hika kana erareru
ai wa kimi no soba ni aru
kitto kanarazu mata de aeru
"Haruka" hanarete itte mo

kawari yuku toki no naka de
ano hi no kimi ni itte nee

Monday, April 25, 2011

Oh sakitnyaaa!! Tolong!!!

Apa khabar semua? Harap semua sihat...

*tarik nafas* Aku malam tadi terpaksa dikejarkan ke klinik berdekatan selepas Ztie & suaminya balik ke asrama. Aku punya shoulder stiff sangat-sangat sampai rasa kembang & menyengat naik ke tengkuk & kepala. Susah sangat nak bernafas sebab chest pun rasa ketat sampai aku rasa nak pengsan. Pening sampai muntah, and susah nak lift up kepala. Muscle jadi keras & nak angkat tangan pun sakit sebab rasa cam muscle kena toreh dek pisau ninja macam kat dapur aku tu (motif nak madah pisok tok tek tajam even though nya murah beli di Sing Kwong ya jak).

Bak kata husband aku..."Aik? Saya yang demam, awak pulak yang sakit lebih...?". Risau jugak sebab kitorang tak tau sangat klinik-klinik yang available kat Sibu ni especially waktu malam...takut dah tutup satu hal...kang aku pengsan, laki aku nak buat camna? Kalau computer & gadgets boleh la dier pi fix kan...tapi hal sakit-sakit ni dier langsung tak reti...

Mula-mula pegi kat Sibu Specialist centre...macam kosong je kata husband aku...takut tak OK, so cari Rejang Specialist pulak...ramai la jugak patients...first, register...and memandangkan IC aku guna alamat Kuching, nurse tu mintak alamat Sibu...sekejap je register. Ingatkan husband aku register skali sebab dier demam and batuk gila2...tapi dier taknak sebab aku rasa dier takut tak cukup duit in case fee mahal macam kat Normah Specialist Kuching. Sian kat dier...

Banyak seats yang available sebab ramai patients are kids & babies (so kids suka berdiri & jalan2, while babies kena pangku mak dier), tapi aku tak boleh nak tahan duduk sebab takde kerusi yang boleh restkan kepala...Dengan dada yang semput, aku cari seat yang berhampiran dengan tiang sebab nak sandarkan kepala.

Bila giliran aku sampai, masuk je dalam emergency room tu...aku tengok, doctor tu poyo semacam...pakai selipar, seluar cargo, & baju polo je. And cakap pun macam gangster...hahaha! Memang macam ni ke doctor kat Sibu? "Apa sakit?!" Doctor tanya macam nak maki aku je. Aku tak boleh dengar orang cakap kasar sebab kang aku pun cakap kasar...So aku pun jawab painful kat abdomen atas dalam bahasa Inggeris. Baru tone doctor ader rendah sikit bila aku cakap English. Itupun masih jugak macam gangster...Aku hempuk kang...tapi memang doctor ni cakap kasar kot...dier check breathing aku, pastu suruh genggam tangan, tolak, tarik etc...sekejap sangat...tak check pun shoulder aku yang keras cam batu tu. Pastu aku pun di diagnose kan mengalami 'Muscle Spasm'.

Jadi aku dapat ubat 3 jenis je...Llofen untuk spasm, Ponstan untuk tahan sakit, & T. Stemetil untuk pening & muntah. Huh...ponstan tu sangat 'menggastrikkan'!
Dan harga...Alhamdulillah...RM38 je.

Sampai je kat rumah, makan nasi sesudu, makan ubat, nanges kejap sebab sakit (nak nangis kat klinik malu pulak. haha), pastu masuk bilik. But Ponstan works like wonders...rasa kurang sakit. Pagi ni bangun pun masih rasa kembang & sakit nak gerak muscle, tapi Alhamdulillah...tak sakit jiwa macam malam tadi. Yea...teruskan mengambil ubat...tapi rasanya nak makan ubat Muscle spasm tu je. Kalau melampau sakit baru ambik yang other 2.

Ntah kenapa tapi aku rasa sakit aku was triggered by 2 malam yang tak tido disebabkan main Monopoly & Diablo II ramai-ramai. :P

Wednesday, April 6, 2011

Keiko-san yang comel! *Awas, ada bahasa Jepun*

Ya...pagi ini saya harus mengemas rumah...mungkin ada kawan nak menumpang. :D
Ingat lagi kakak Jepun yang aku cakap kat sini? Dier dah mai kat Sibu!

Petang semalam, husband aku yang tengah tension sebab cheque dier hilang ntah kemana bawak aku pegi minum-minum kat kedai New Nur Islamic Cafe. Tiba-tiba Keiko-san telipon aku cakap dier dah sampai & duduk kat hotel Ba*****. Time tu kitorang baru je nak duduk, pastu aku tanya nak pegi "gohan ni tabemashou ka?". Aku tau ayat aku tunggang terbalik sebab tak pandai cakap Jepun, tapi dier pun paham2 je... "Aok! Boleh ambik kamek sitok!" katanya. Hehe!

Ternganga je tauke kedai tu tengok kitorang blah. Husband aku pun cakap yang kitorang kena ambik orang dulu, baru mai balik.

Tak sampai 8 minit, kitorang dah sampai kat depan hotel. Aku telipon Keiko cakap dah ada kat bawah, dier terkejut gila..."Eeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeehhhhh???? Sangat cepat!! Boleh tunggu saya? 3 minit macam itu..." Hahahaha! Kitorang pun tunggu.

Then, kitorang bawak balik pegi kedai tadi...minum teh je...cakap2 sikit2 pasal umur...pastu ada orang SMS dier cakap 'Konnichiwa'. Dier pun tanya, "Dare ka?", orang tu balas balik yang dier adalah Tetsuya Komuro (Wikipedia). Hoo...banyak cantek...Keiko macam rasa tak sedap ati...sapa orang tu? Orang tu pun telipon...rupa2nya, orang tu orang kat hotel...tanya macam2 dah makan ke belum, etc... Mana boleh macam ni kan? Takde privacy langsung. @_@
Orang tu syok kat Keiko kot...Hehe.

Pastu, balik rumah kejap untuk Solat Maghrib & Isyak. Keiko tak henti2 cakap, "Sugoi! Sugoi!!" bila tengok rumah kitorang...kitorang explain, takde yang bestnya rumah kitorang ni...takde yang special sbb rumah lama...(Dahlah rumah ku mengambor marek...malu eh). Tapi dier happy sebab PC kitorang boleh type bahasa Jepun...macam2 jugaklah dier search semalam nak show kitorang makanan jepun. Dier nak masak Okonomiyaki kat rumah! Wheee!!!! XDDDDD Oishii na!!!

Lepas solat (aku sempat cuci rambut), kitorang pun makan kat Aliana Restaurant. Keiko first time makan Umai & Ayam Penyet (sebab dier suka sambal belacan!), and happy sebab ayam tu besar..."Wahh!! Okii!! Sugoi desu yo ne?". Asmah (bini tauke) yang ceria datang jumpa kitorang. Nak tanya kat aku camne pakai sanggul yang orang Korea slalu pakai tu...Aku terus introduce Keiko kat dier..."Asmah, tok Keiko, orang Jepun..." Asmah terus panic & nervous, "Aih?? Menarkah nya orang Jepun?". Keiko pun cakap "Hi! Wah!! Mukanya macam Jepun!!", Asmah pun senyum malu-malu terus masuk kedai balik...Haha! Kawaii~!!

Lepas makan, Hubbie tunjukkan jalan nak pegi Agape Centre kat kitorang, kot-kot aku boleh drive & temankan Keiko kat sana...Ada cerita kenapa Keiko pegi melawat Agape Centre rupanya...nanti aku ceritakan kat lain post. Pastu...hantar Keiko balik hotel, then kitorang pun balik rumah...

Hari ni pulak, maybe nak jalan-jalan kat area Sibu Town ngan Keiko...jalan kaki je kot...biar rasa Tourist sket. Heheheh~~ Mungkin activity seterusnya adalah...karaoke (orang Jepun suka karaoke!), makan sushi, & bowling...

Okeh! Aku nak sapu lantai...baibai~!!

p/s: Sushi Tie tu halal ke tak?

Sunday, April 3, 2011

HTC Desire HD

Got some news...
i tried to call Puan Ztie yesterday, but nobody's answering...i was like, "Eh? Busy sangat ke sampai tak boleh jawab phone* dalam nada yang berseloroh kat husband. That was around afternoon dekat nak petang...Tapi at noon, dier ader call tanya kat mana nak beli electrical home appliances.

So today, tengah husband main "Flight Simulator X"nya, aku tergerak hati nak call Ztie lagi...
Kali ni...tak boleh nak get through. Maybe dier tengah guna internet, so, aku call Encik Achie Gonzales. Tuuttt...tuuttt...lama jugak dialing ni...takde orang pick up. Tetiba suara kiut jawab bagi salam...Ztie la...

Aku cakap, "Wahh...susah betul nak contact. 'Busy' lagi ke?"...dier jawab, "Telipon mek hilangggg!". Heeeppppp!! Aku terkejut. Biasala...aku pulak yang panik..."Apa?? Hilang??? Hilang siney??? Camne pandey ilang? Dah carik?" Dier jawab, "Hilang lekak kmk call ktk marek...dah dicarik...sekda jumpa..."

Huhu...sayang tuuu...HTC Desire HD tuuuuu!!
Jadi sekarang dier pakai no sementara, but insyaAllah, esok dier pegi DIGI centre nak ambik nombor lama dier balik. So tahan-tahan la ye...tunggu esok baru boleh contact dier...

Patut pun twitter, facebook and blog sunyi semacam!

FEAR

Image Credits: Technorati


Do you have any fear?
Atau phobia?

Pagi ni tetiba je aku nak buat entry pasal ni...Bangun je tido, aku mengelamun pasal penyakit aku yang terlampau takut with banyak benda...another psychology problem.

  • Fear with heights.
Acrophobia sufferers can experience a panic attack in a high place and become too agitated to get themselves down safely (Wikipedia). i don't know whether i can call myself an acrophobia or just an altophobia. For sure, aku memang takut nak berada di tempat2 yang tinggi. Be it tengah naik skyway to Genting Highland ke, nak turun escalator ke, even nak melangkah parit pun aku kena fikir dua-tiga kali... Aku time kecik takde pun penyakit nih... Actually...tak takut dengan tempat tinggi, tapi, i fear of falling...the thoughts of falling from high places memang boleh buat aku panic & meracau macam-macam. Aku pernah menangis gila-gila kat dalam lift Dewan Suarah Kuching sebab takut. Takut sampai rasa nak muntah.

  • Fear with depths.
The Bathophobic person may be intensely fearful of long hallways and more obviously, deep bodies of water such as oceans and lakes (Associated Content). Aku takut nak berenang...bukan takut apa...aku tak suka air dalam yang aku langsung tak tau apa kejadahnya kat dalam tu...Kalau aku ada pelampung sekalipun, aku takkan percaya kat pelampung tu... even kalau husband aku cakap dier ader kat sebelah pun, aku takkan percaya jugak. Sebab i have insecurities kalau tak berpijak kat bumi...memang aku pernah drown...sorang2 diri pulak tu...nobody was able to hear my scream. Sakit sangat...but nasib baik time tengah struggle, kaki aku dpt berpijak kat batu. Aku selamatkan diri sendiri, and never talk to anyone about it...Sampai sekarang, aku tak percaya kat sapa2 dalam air. Waktu aku pegi honeymoon kat Krabi dulu pun, ader activities snorkeling... memang takut gila...Budak nama Mat yang jadi tourist guide kitorang cakap, "Don't worry! Your husband is here!", aku jawab, "I don't trust him!". Sebab aku tahu husband aku jahat...suka main lepas-lepas...=3=
Tapi aku pegi snorkel jugak...sebab sampai bila pun kalau aku takut, aku takkan pernah rasa camne gi snorkel... So the whole day dalam air, aku battle with myself. Mengerebat gila2...sampey kepak husband ku ngirit aku sambil berenang. Padan mukanya...

  • Fear with clowns.
'Nuff said... -__-''' Semua IT punya pasal...bagi aku, clown sangat creepy!! Aku akan mengelakkan diri daripada bertembung dengan makhluk ni. Ada la one day, last year in June...kitorang tengah cosplay K-on, and tang mana ntah, makhluk ni boleh tiba2 datang kat meja makan kitorang. Tanya memacam as if kitorang ni weirdo. KAU TU YANG WEIRDO!! *emosi* Aku pon tundukkkkkkk and cover muka memanjang. Kawan2 aku yang tiba2 dapat tangkap yang aku tak suka clown pun sibuk je nak mengacau. Aku nanges kuat2 kat food court tu kang!! Nasib baik clown tu cepat2 pegi. Huhu...kadang2 kesian pulak kat diorang ni. Tapi, tolonglah...kalau dah nampak muka aku pucat lesi and tunduk memanjang je...jangan kacau aku. Aku cuba taknak lose control.

  • Fear with bees, wasps, penyengat, or any insects with buzz & sting.
Apiphobia (Fear of Stuff). Uhhh....*rasa nak muntah*. This is my worst FEAR of all...even looking at the picture pun jantung dah rasa sakit. i've been stung by a bee dekat tepi dahi when i was a kid...sampai pengsan. i don't know now la whether aku ader allergy with the sting or not sebab masa tu aku lagi kecik. Jadi sampai sekarang, aku tak boleh tengok lebah (dan sewaktu dengannya). Kalau tak, aku akan jadi cam orang gila...sweating like hell, panic, meracau, menangis, and screaming. Rasa nak lari sambil teriak-teriak!! And i believe that bees tu pun memang ada dendam kat aku...macam...dia boleh sense aku... D: Dah beberapa kali dah aku kena kejar lebah ni...once, time aku balik kuliah dengan kawan2 aku...ada sekor bee ni ikut belakang aku, aku berlari dier kejar...aku terus masuk kereta cepat2 and tutup pintu. And...BAM! Lebah tu langgar cermin pintu kereta tempat aku duduk... ;___; Kawan2 aku pun boleh jadi saksi...tapi diorang tak kena kacau pun! *rasa nak nangis polah post tok*

  • Fear of maggots, worms that look like maggots, caterpillars.
Ha! Everytime i saw one, aku nak muntah. Tapi, aku tak takut with cacing tanah or other cacing yang panjang... Sebab aku sangat takut dengan maggots, sampai aku pernah termimpi aku kat satu tempat ni penuh dengan maggots...sampai hujan maggots! Atas kepala penuh dengan maggots. Dengan bau busuknya...*rasa nak muntah lagi*. Dalam mimpi pun aku menangis-nangis mintak tolong...bukak je mata, memang terasa air mata mengalir...tak boleh...memang tak boleh...Huu... ;_;
Sebab tu aku benci lalat. Tapi tak takut lalat. Geli je.


-----
Actually banyak lagi yang aku takut...but tahap minimal kot...lebih ke feelings of insecurities & feeling of embarrassment.
Jadi, apakah FEAR korang?
Sila rujuk sini: http://phobialist.com/

Friday, April 1, 2011

Doa Nabi Yunus dalam perut ikan paus.

Just want to share...i'm not pious, tapi benda yang baik, tak salah untuk dikongsi. ^^

Dulu masa aku kecik-kecik, bapak aku selalu ajar doa ni kat aku & adik.
Katanya, kalau dalam kesusahan tak kira apa pun, bacalah doa ni.


لا Ø¥ِلهَ Ø¥ِلاَّ Ø£َÙ†ْتَ سُبْحانَÙƒَ Ø¥ِÙ†ّÙ‰‏ ÙƒُÙ†ْتُ Ù…ِÙ†َ الظَّالِمينَ



Romaji:

La ilaha illa anta. Subhanaka inni kuntu minaz zolimin.


Maksudnya:

"Tidak ada Tuhan yang sebenarnya disembah melainkan engkau, ya Allah. Maha Suci engkau, sesungguhnya aku adalah dari orang yang membuat zalim." (Credits)


-----------------
Inilah doa yang sering aku baca dan amalkan...tak kisahlah tengah sempit duit ke, tengah sedih ke, tengah traffic jam ke, serius aku cakap, doa ni sangat mujarab. Takde la sampai duit datang bergolek, but there's some way given by Allah to meringankan kesusahan kita tu. Yang paling penting, kita percaya yang Tuhan sentiasa tolong kita dan banyakkan usaha. :)

Kalau ikut pengalaman aku, contohnya kalau guna masa nak lalu roundabout masa banyak kereta laju dari sebelah kanan jalan , MasyaAllah! Boleh lengang jalan! Macam magic! *_* Alhamdulillah~~
Tapi jangan korang bermegah-megah pulak...gerenti tak jadi punya. :P Kena doa & mintak pertolongan betul-betul, penuh kusyuk. InsyaAllah, akan diringankan segala kesusahan tu...



For more readings & kebaikkan doa ini, pegi sini...tapi dalam bahasa Indonesia. :)




Tuesday, March 29, 2011

Cerita balik Sibu. LOL

Assalammualaikum & Hello~~!!

Alhamdulillah, aku dan husband dah selamat sampai ke Sibu malam tadi...
Driving malam tadi sangat mencabar!! Aku tak drive sebab aku tak berapa sihat...perut rasa bloated & tengkuk ada kembang sikit... masalahnya kitorang sama-sama sangat mengantuk! Terlampau letih agaknya...Err...bukan agak! Tapi memang letih! Huhu...

Kitorang bertolak dari Kuching kira-kira dalam pukul 4:30 petang...tambah ngan traffic jam, dalam pukul 5:30 pm lah kot kitorang betul2 dalam perjalanan yang lancar, itupun guna jalan Kota Semarahan sebab nak elakkan traffic jam kat town & Batu 7.

Kitorang dah tetapkan masa 2 jam untuk berhenti berehat, dan nasib baik alarm berbunyi betul2 dalam 2km nak sampai kat tempat persinggahan simpang Sri Aman. Nasib baik aku sempat pegi washroom sebelum bas dari Pontianak sampai kat situ sebab ramai gila orang nak masuk tandas...Husband aku pun kena tunggu punyalah lama tapi tak jugak dpt guna tandas. So kitorang pun continue perjalanan ke Sibu sebab husband ku sakit perut...

Dalam perjalanan, kitorang pun makan dinner yg telah ditapau...Sushi! Ala...beli kat Akira Sushi at Wisma Wan je...memang murah...murah RM1 daripada Sushi King, tapi bagi aku yang penggemar Sushi tegar ni...quality dier sangat...tak best...rasa pun tak fresh...portion wise...sangat kecik... Tapi setahu aku...Akira Sushi yang terletak kat Sarawak Plaza beberapa tahun dulu sangat sedap! Entah apasal quality boleh jatuh plak ni?? Chopstick pun diorang tak bagi. :(

Cabaran started dalam pukul 8pm...aku memang dah tertido setiap kali aku tutup mata...dalam pukul 9pm aku dah boleh dengar husband ku merepek ntah apa ntah...mamai lah tu...aku pegang pipi dier sbb taknak bagi dier terkejut. Dalam perjalanan, ader la sampai 4 kali aku dengar dier mengigau...uuuu...bahayanya...

Aku bagi dier kunyah chewing gum...minum air kopi (dalam tin)...biarkan dier merokok (walaupun aku sakit hidong hidu asap) supaya dier tak mengantuk... masalahnya pulak...aku pun asyik tertido! Aduuuiiii...Kadang2 aku terjaga bila dier mengucap, "Astarghfirullah'al azimm!!!" "Allahu Akbar!!" ulang2 kali kuat-kuat sebab super mengantuk. Aku suruh dier berhenti rehat kat mana2 bus stop tapi banyak bus stop macam dangerous & gelap.
Ada la jugak berhenti, tp sekejap je sebab dier taknak buang masa...Akhirnya dalam pukul 11+pm, sampai jugak kat rumah...Alhamdulillah...

So...huuu...takutnya balik malam!! Memang sah kitorang bukan muda lagi...cepat letih...
Heppp!! Bukan da tua ye?? Berumur sikit je... :P

Wednesday, March 16, 2011

i Believe...

Hadoiiii!!! Internet sangat terokkk!!! Waterfarkkkkk~!!!
Boring la dok angkat beberapa kali just nak restart modem tu. D:
Letih dah refresh browser banyak2 kali. =__=

Anyway, for these few days...aku kerap mainkan lagu feveret all time ku..."Believe" from Yuko Yamaguchi...Aku minat gila-gila kat lagu ni semenjak stesen tv mana ntah...was it NTV7...aired this J-dorama (Japanse Drama) "Over Time" around year 2000. Lagipun aku "kipas susah mati" Takashi Sorimachi & Makiko Esumi. XD Ahhhh!!! Takashi-san sangat henseeeemmmmm!!!!

Ok, aku memang sangat suka kat Takashi Sorimachi. Sangat LELAKI! Tak macam kebanyakkan pelakon Jepun yang androgyny. Well, aku memang suka androgyny guys, but untuk eye-candy je. :P So, Takashi ni boleh la masuk "Husband-list". Hahaha!! Pasal Makiko Esumi pulak...aku suka dier sebab, dier sangat GAGAH!! HAHAHA! Apakah ini Videl?? Gagah untuk seorang perempuan...aku suka watak perempuan yang kuat, deep voice, kaki buli, hensem (eh?), and dominant. :P

Crita ni sangat sedeyyyy...ending yang sangat sedih...mengingatkan kita bahawa orang yg kita sayangi tak semestinya kita dapat...and asalkan orang tu happy and bahagia, kita pun rasa macam tu jugak. Aku masih ingat aku nangis tak ingat donia everytime aku tengok drama ni...huhuhu... ;__; (Ah, kenapa aku slalu nanges tengok drama nih?? Drama queen sungguh!)

Pasal lagu "Believe" tu pulak...lyrics dier sangat touching! And even though dah beberapa tahun sekarang, aku still boleh menangis kalau dengar and menyanyikan lagu tu...sebab, aku me-relate-kan lagu tu with myself...

Jom layan~~


****************************************
Lyrics (English Version)

When I'm feeling small
When it's cold outside
I don't know who I should believe
And when I needed someone special
Just by my side
Who was there?
When I'm feeling old
When it's rain outside
I don't know who is holding me
And when I need a little kind and tender moment
Who's with me?

I believe someday I will love
Someone who's by my side
Oh someday
My special one will come alone
I'll pray everyday

When I'm lost inside
When I'm down and out
I don't know who I should recall
And when I needed someone precious
Just by my side
No one there no one was there

I believe someday I will love
Someone who's by my side
Oh someday
My special one will come alone
I'll pray everyday

Someday I will love
Oh someday oh someday
I keep on praying everyday

****************************************

So, have you found your precious someone? :)


p/s: Aku suka kat husband ku sbb dia ada iras2 Takashi Sorimachi, and dia pun minat kat Takashi-san jugak! Hahaha!

Tuesday, February 22, 2011

Panduan Proses untuk anda Kawen!

Ditujukan buat someone. ;)

Mengikut adat istiadat orang Melayu Sarawak (well, at least apa yang aku tauk lah) , ada 3 - 5 proses dalam perkahwinan. :D Aku dah melalui kelima-lima proses ni, so nak share-share kat sapa-sapa yang nak melangsungkan or saja nak gain more knowledge. ^^

Jom kita tengok...

  1. Merisik
  2. Bertekol
  3. Bertunang
  4. Nikah
  5. Sanding

First, Merisik. Proses untuk family pihak lelaki pergi berjumpa ibu-bapa pihak perempuan menanyakan si gadis sudah berpunya kah belum. Sekiranya belum, pihak lelaki akan memberitahu hajat untuk menyunting bunga di taman (yerrr...bahasa skema) dan memperkenalkan si empunya yang bakal disatukan dengan si gadis. Even though most people nowadays skipped this tradition as the both of the lovers' family already known each other, but it would be nice or 'manis' if the parents meet each other and talk. Mengeratkan silaturrahim bah... Furthermore, they can discuss bila tarikh untuk bertekol (jika ada) or/and bertunang.

Second, Bertekol. Proses yang lebih kurang sama dengan bertunang, not requiring any wang hantaran or barang hantaran/gifts, tetapi pihak keluarga lelaki datang ke rumah hanya menghantar sebentuk cincin (selalunya emas belah rotan) dan duit 'buka mulut' berjumlah RM50 (or seikhlas hati). Selalunya ada jamuan dan baca doa kecil-kecilan. This proses, in my opinion...macam...meletakkan reservation or pre-deposit (sik bermaksud nak polah bunyinya macam barang, but in kata yang paling simple, kira camyalah). Sort of like... "Aku CHOP dolokkk!!! Tunggu aku ngumpol duit baruk mek org bertunang/kawen!!". Dalam masa ni jugak, ada yang terus menetapkan tarikh untuk mengikat pertunangan dan jumlah wang hantaran.

Third, Bertunang. Proses yang dilakukan besar-besaran di Sarawak. Haha! Somehow macam kenduri kawen pun ada. Mungkin kat Sarawak, usually yang buat meriah-meriah sebab tempoh pertunangan yang agak lama sebelum bernikah. Well, it depends on how the family want it to be; yang grand, or simple. :) Terpulang kepada budget anda. Tepuk dada, check pocket, tanya selera (anda dan keluarga anda). In this process, pihak lelaki akan menghantar sebentuk cincin berlian, wang 'buka mulut' (usually dalam RM80), wang hantaran (full amount or half, where the other balance will be paid during Majlis Nikah kelak), and barang hantaran. Barang hantaran termasuklah pakaian, perhiasan, makanan, etc. Ramai di Sarawak cuma menghantar barang hantaran ini sekali sahaja hanya pada majlis pertunangan untuk mengelakkan pembaziran. Selalunya di Sarawak, ada watikah disertakan sekali sebagai perjanjian. Mengikut trend semasa (chewah), ada juga pasangan membuat proses bertunang ini sekali pada hari pernikahan, juga untuk menjimatkan masa dan wang. :)

- di antara ini, anda boleh mengambil Kursus Pra-perkahwinan yang telah disediakan oleh Jabatan Agama Islam di negeri-negeri anda!-

- Jangan lupa cari Tok Kadi & reserve!-

-anda juga dikehendaki mengisi borang permohonan bernikah & memberitahu tarikh, sediakan gambar passport (bertudung bagi wanita), nama wali & sijil kahwin wali, nama orang yang akan menikahkan, etc. Borang boleh didapati di Jabatan Agama Islam. -

Fourth, Nikah. Saat yang dinanti-nantikan!! XD Nabes oi time tok! Tapi in my kes, sik nabes, tp sakit hati...hahaha...because of Mak Andam yang melarikan diri di saat akhir. Proses tok memerlukan Mas Kahwin mengikut Jabatan Agama Islam Sarawak berjumlah RM120 atau mengikut jumlah yang diminta oleh pengantin perempuan, 2 bentuk cincin (kalau lelaki takde cincin pun takpe), balance of the wang hantaran jika ada, barang hantaran jika ada, dan...yang paling penting!! Segala dokumen-dokumen seperti Kad pengenalan diri, sijil kursus Pra-perkahwinan, etc. Borang nikah anda akan dibawa oleh Tok Kadi. Wali mesti ada. Jangan lupa sediakan 2 orang saksi dari pihak lelaki, dan dua orang saksi dari pihak perempuan. Sediakan wang saguhati untuk Tok Kadi & saksi-saksi. Majlis makan-makan & doa selamat diusulkan sejurus selepas selesainya proses pernikahan.

Fifth, Persandingan. Persandingan boleh dibuat bila-bila masa sahaja selepas majlis pernikahan berlaku. Be it right after the Nikah ceremony, or the next day, or even a month or few months ahead. :) Majlis ini dilakukan untuk mengumumkan yang si pengantin tok tek dah mengikat tali perkahwinan untuk mengelakkan buah mulut jahat dan penangan laser-laser orang yang suka molah fitnah. Usually diraikan dua kali untuk kedua-dua pihak, atas sekali lagi, trend baru yang lebih jimat duit dan masa, 'berjemuk' (adakah ayat ini di-derive-kan daripada perkataan majmuk?) iaitu berkongsi majlis di satu tempat yang sama. Adat yang selalu dibuat pada proses ini adalah bersanding di pelamin, membaca doa, makan 'nasi temuan', potong cake or nasi pulut, bertepung-tawar, dan etc...


--------------------------------

Dalam kelima-lima proses diatas, si bakal pengantin lelaki selalunya sik pergi skali dalam proses 1 - 3. Orang padah, sik manis dipandang...tang macam terhegeh-hegeh... another reason bak kata my mom...kelak dah basik! :P So, simpan everything time Nikah jak la...

Next post? My budget nikah as requested by the same person. :P

Sunday, November 21, 2010

Mission : Receptions preparation Pt. 3!

*headdesks*
Tenses piling up. LOL.

Yesterday we did a small post-wedding photoshoot based on the 1950's Vintage theme.
i don't know how it will turn out though...just wait for the photographer. :)
But i do hope that i can get some of the pics to be included in my wedding picture slideshow.

And hopefully can do more photoshoot with other themes and styles in my head. XD
But it's just that Yabuki doesn't have time to go back and forth to Kuching...and...the time is running out! Our receptions will be on next weekend!

So now...onto the things that need to be done.


1. Birdcage veil
  • Supposed to buy on ebay but my debit card died.
  • Then changed mind and wanted to rent from the Manja. But then, he ran off/FFK a day before my actual day.
  • Panic.
  • Contacted the seller on ebay, but she insisted saying that USPS does not guarantee a fast delivery to Malaysia even though if i pay $42 for it. Agree...USPS sucks anyway. Most of my things didn't show up last time.
  • Have to hunt for any *good* netting available in Kuching. GARRRR!!!
  • Remembered that in CINDY, they sell this vintage hat with millinery netting. Went there this noon, but it's fucking RM70! And very dusty with glue residue everywhere! Last time it was only RM30!!! The staff helped to ask the boss, and the boss only can sell it for RM60 the lowest. Crap... i just wanted the netting!
Dilemma: Should i buy it or not?


2. Arabian headdress and face veil

  • Wanted the headdress to look like Gypsies veil; saw a few time Siti Nurhaliza wearing it. LOL. But how to make one? i tried to put selendang and cover half of my head and it slipped off...T_T
  • For the face veil, i bought Diamante strands and hopefully it will be something nice. ;_; Most of the people use chiffon to cover their face so i want something more different. Boleh kah? :P
Dilemma: Need help in advice!

3. Arabian headgear for men

  • This part really make me pening! Most of the people will think that Arabian headgear is usually macam Pak Arab Saudi. But since Yabuki descended from Hadratul-maut, the headgear is sort of look like serban yang sheikh-sheikh slalu guna. Argh! Entahlah! Totally no clue! Dulu ingatkan just want to use Tarbus je...tapi nampak macam 3 abdul! Hahaha! Betol lah ya...Abdul Aziz, Abdul Rahman, Abdul Rahim...eh tambah bapak mertua ku! Jadi 4 Abdul! Abdul Haddy! XD
Dilemma: Need help in advice!


4. Bridal Bouquet

  • Haha! Ada lagik masalah tok. Due to super busy days, sik sempat to order earlier. Adoi... another thing, i don't know whether they can get me any Calla lilies in deep red or burgundy colour! Hmmm...
  • Besides from Orchid garden shop, where else can i get cheap price for fresh flowers?
  • Should i just ask the shop to make the bouquet for me or i just buy the flowers and arrange the bouquet myself? It's easy (i think) but do i have time to do so? D: But if let say just leave it to the shop, seriously i'm in a tight budget.

5. Outfit for her

  • Both of my outfits dah siap...i really like my abaya kaftan! But...my outer dress...is...umm...don't know...it's a bit different from what i asked...i asked for black pearls and i did show to the designer that the black pearls supposed to be greyish colour. Not the really black colour. Lagi cantik if ada burgundy colour kat atas baju tu. The price is also beyond my asked price. Aku sik tauk nak ngorek duit siney...SERIOUS! Rasa nyesal pun ada...
  • The belt...pun terlampau kecik. Aku terpaksa polah baru, or buy additional cloth for the bow. And belt burgundy pun lom carik...should i just use ribbon or buy cloth and tailor it? Ribbon nang senang, but nampak cam madot jak. Or...sik boh makey burgundy ribbon...just carik brooch yang ada batu kaler burgundy. MUN ADA lah. Siney mok carik??
  • My outer dress is...menggelebeh...The cutting tiba-tiba jadi besar! Ka aku dah kurus? Haha! My inner dress pun bahagian boobs ya besar after the designer bukak the seams inside to make it one inch bigger. Bahagian perut ok lah, cuz at least i can sit comfortably. It's just the chest part...very loose. Should i alter it back?
6. Outfit for him

  • Wo...susahnya nak carik baju nya tok...
  • Tailor made a black tux shirt at Krabi...however...they did not know how to make one. It turns out miserably weird...and too simple. The collar is uhhh...so not cute.
  • No... i can't fork out money to tailor made another one. And no time.
  • The bridal shop only have M sized shirt and it is quite large on Yabuki. And no black colour.
  • The necktie! The bridal shop doesn't have any descent burgundy colour...The one that we rent was so...crooked. =_=
  • His Arabian outer bisht is currently in process...i think. But i made a mistake by choosing Satin for the material. OH NO! Semua duit punya pasal. Sebab mok murah tek nak? But when i think back...Satin material easily wrinkled and look costumey! AARRGGHHH!!
  • Arabian...pakey kasut apa? LOL.
7. Bunga telur
  • Tengah ikat reben with Zati... huhuhu~
  • Rebus telur on 26th & attach them to the bunga telur sekali.
  • Bring them to the hotel and arrange on the pahar.
  • In-charge by Zati.
8. Wedding favours

  • Bought benang kait as a cheaper alternative to ribbon. Ribbons in Kuching are expensive. =_= Imagine, a 45 cents ribbon in KL to be compared with the same ribbon in Kuching but with RM4.90 price. Gila...
  • Mom said "sik kacak...nampak murah." i replied, "iboh pandey komplen jak. dah nya sekda duit, polah cara sekda duit.". *bridezilla mode ON* D:
  • Aku rasa ok jak rupa nya diberik benang kait ya...orang puteh pun makey kedak tok juak bah.

Rasanya tok jak benda yg aku dpt pikir buat masa tok. Will update on this on the next post. :)
Wish me luck!

Tuesday, November 16, 2010

Mission : Receptions preparation Pt. 2!

Hooooo boyyyy~!!
New tense is coming up!
With the bad timings when all of my cats are infected with the 'Cat Flu', and one of my cats, Seiji died today.

This cat flu is dangerous! The cats are having fever, puke all over the places, difficulties in breathing, non-stop mucus & flowing saliva. Kuning & Putih are still infected, Bunga is recovering, Tot is getting the high temperature again, and my sister's and my pocket are getting emptier...;____;


Talk about the preparation for the first Reception...
i managed to give most of the invitation cards to my friends. Ada juak yang sekda di rumah. Sampey terlambat masok session karaoke with Izzati & Achie. Haha!

Now i am still trying to figure out the table names & arrangements. The manager of the hotel asked me to discuss with Nasa (pelamin person) about the table arrangements and the red carpet. But...to think back...i only asked for Nasa to create my pelamin only...So i don't know if he will help with the decoration and stuff. @_@ *sms nasa*

*stares at the clock* i have an appointment at 4:30 pm for my facial treatment. It's been a long time i haven't do mine since 9th October. Seriously very pokai as facial treatment can be very expensive. OH CRAP! i haven't check whether i have enough money in my wallet or not!!!
Harap-harap enough la. Or else i better go now to get some money from the ATM.


OK, here's the Work-list for my bridesmaid:

Fika, Izzati, & Dedek:-
  • Jaga photobooth
  • Sediakan props and technical things
  • Sediakan Guestbook

Anastasia & Swing:-
  • Videotaping Guests' wishes. :D
  • Making the placards
  • Atur the wedding favours

i think i need to recruit more help for this. Anyone? D: