Friday, January 27, 2012

My days in the hospital...

So...I was admitted on the 16th...

Went there awal pagi with encik husband...registered & terus pegi ward ginekologi tingkat 5. Kat sana i saw some other ladies yang menunggu giliran nak kena admit as well. Kena suruh tukar baju then some check ups.

Aiyooo...susah jugak sebab:

1st - husband tak boleh temankan.
2nd - tak boleh charge any electronic devices.
3rd - there's no such thing as first class ward...but aku kena charge 1st class.


Takpe...nak berubat, terima je lah... Then aku diberi bilik sama dengan semua kakak-kakak yang menunggu giliran tadi... semua kena surgery on the same date. Anyway, i like my katil...hehehe~ automatic ones. Rasa malu gak sebab katil aku je yang boleh turun naik dengan remote while others kena ubah manually.

The look of the room from my bed. Room was air-conditioned.
There were only 3 other patients beside from me (but added more later at night)


My lunch...
fried cabbage & carrot, curry gravy, and a piece of fried tofu. ;_; 

Dalam that whole day, ramai doktor yang visit and terangkan prosedur surgery, cara, termasuk komplikasi after surgery and of course borang-borang kebenaran untuk aku sign. Kena scan sekali lagi and confirmed aku ada 2 cysts; one each at right and left ovaries. And...tak boleh nak buat Laparoscopic surgery...kena jugak buat Laparotomy (sama macam C-section orang beranak) sebab dermoid cyst banyak potensi untuk pecah and meracuni bahagian-bahagian lain kalau terkena. Pastu kena cucuk jarum drip...Aku nervous gila sampai doktor bagi aku ubat tidur. Sebelum tidur, aku baca doa mintak everything will be fine. Then, bangun pagi at 5.30 am. Mandi and baru je keluar dari bilik mandi, terus nampak nurse dengan katil bergerak dah tunggu aku. Seram~~ My turn was the first one.

Masa tengah tunggu turn, doctor bagi aku pil lagi...i guess pil tido. Aku baca lagi doa...Al-Fatihah 7 kali & selawat... Then aku call my husband and dad...cakap aku dah on the way to my surgery...Pastu, aku tertidur kot? ._. Tak ingat...pastu masuk dewan bedah...Ramai doctor kat sana...then sorang meletakkan oxygen kat mulut...sempat lagi aku cakap "Kejap! Hidung saya gatal..." and garu... pastu...tak ingat terus...tertido...

Aku bukak mata bila ada orang panggil nama aku ulang-ulang kali...everything nampak white and slight green and nampak doctor lalu lalang...
Tiba-tiba aku dapat rasa kaki aku bergegar...then seluruh badan pun shivered jugak. Aku pun tanya kat diorang kenapa aku bergegar? Gigi sampai terketar-ketar. Diorang pun selimutkan aku and letak benda macam hairdryer yg panas kat dalam selimut. Kepala aku pun diorang letak selimut. Aku masih lagi terketar-ketar...aku cakap aku tak sejuk, tapi masih je shivering. Sampai nurse kat situ pun naik hairan sebab aku dengar diorang cakap, "aie...kenak patient bergegar??". Then aku tido or pengsan lagi.

Pastu...aku rasa aku kena sorong...and dengar suara yang aku suka dengar panggil "Honnie!". Aku bukak mata and nampak bayang encik suami. Aku masih mengantuk...tapi aku rasa dah tiba masa aku balik ward lagi...kena sorong atas katil tu.

Then aku ditempatkan kat bilik yang betul-betul depan stesen nurse bertugas untuk pemerhatian... takde aircon dah. :P Tandas pun kotor sikit sebab kongsi dengan ramai orang. Anyway, masa aku dah sedar, aku baru tau yang actually my operation sangaaattt lama! start pukul 6.30-7 pagi...habis pukul 1:30 petang.

My surgery result... Cyst sebelah kiri dalam 5x6cm, and sebelah kanan is actually 8x8cm. Berbuah-buah doctor cakap, one of the 'buah' is the scanned 6x6cm before. And salah satu 'buah' tu terpecah...so diorang ambik masa yang lama untuk bersihkan cyst yang spilled kat dalam abdomen aku...

Bila dah masuk ward balik, sakit sungguh nak batuk dan bersin. Nak gelak pun berpada-pada... Baring pun tak boleh...kena tido menyandar... minum air pun sakit...kena sikit-sikit guna straw. Kalau tak, boleh tersedak.
Ramai jugak nurse yang senyum and bagi dorongan sebab aku tak tersepuk atas katil je and nak jugak jalan-jalan pegi tandas sendiri...taknak bergantung with tube urine. Yang susahnya kena sorong drip and blood drainage sekali...

Cakap pasal blood drainage...sakitnya bila nak cabut menatang tu...sebab my daging dah start bercantum dengan tube as well as the stitch's benang...memang meraung jugak la aku bila nurse cuba cabut tube panjang dalam lower abdomen aku tu...xsangka benda tu panjang... ;_;

So far...i was in the hospital for 4 days. Boring jugak masa malam di hospital...Asyik-asyik terbangun pukul 1 pagi...ingatkan dah siang, tapi rupanya malam masih buta. Haha... Thank you sangat-sangat kat adik ipar aku yang temankan aku pada malam hari...Kat my mom jugak yang jaga masa siang. And husband yang jenguk-jenguk sebab risau kena halau nurse. Haha~ And thank you jugak kat family and kawan yang datang menjenguk. ^_^

Wednesday, January 25, 2012

Dermoid Cysts.

Assalammualaikum...

Last year in August, i went for an ultrasound scan in one of the well-known private hospital in Kuching. Well, most of my close friends would knew that i have a very bad menstrual pain since school. At first, the specialist was kinda...made a laughing face as if i was mengada-ngadakan cerita sakit sampai mintak scan. Siap boleh tanya lagi macam-macam such as how did i know when i supposed to have my ovulation time, my period due and got something inside my lower abdomen. Like come on lah doctor~! We studied science in form 3 la...normal period cycle is usually 28 days...ovulation usually came out on 14th day...and stuff. And now there are lots of Apps in Android market to check and remind you about your important dates. Shesshh... 

Ok, then the doctor did an ultrasound scan on me...she was shocked to see that there IS a cyst on my right ovary with measurement of 6.4cm x 6cm. Then, she didn't bother to check my left side because she said, "Yang ni jelas, sebelah sana tak jelas. Jadi we have to do surgery buang yang ni."
By this time, she did some explainations, but when hati aku dah kecik disebabkan dia macam memperlekehkan aku mula-mula tadi, aku buat-buat angguk je.

Then, keesokkan hari nya aku pegi normal klinik yang ada lady doctor lagi. Nak tanya second opinion. Did another scan, but i told her about the right ovary as what i knew. Oh my~ nasib baik ada doc ni...she explained nicely and even showed me why i'm having period pain that caused by the cyst. Dier cakap, just monitor the cyst by doing scans every 3 months. If takde perubahan in size, you tak perlu surgery, but if it grows...better remove it in case of cancer.

For a few months, risau jugak aku...
But since aku habiskan masa kat Sibu, tak terjenguk jugak my appointments with private hospital tadi.

Ada jugak aku pergi rawatan urutan traditional kat Sibu...but aku jadi takut since dia suka nak urut-urut perut. Nenek aku larang urut-mengurut perut ni kot-kot rahim lari unless you're bidan yang dah fasih. Lagipun, aku tak puas hati cara dia mengurut. Makin tension kepala aku sebab dia main tonyoh-tonyoh and mulut jampi ntah apa ntah...and dia claim kalau aku selalu berubat with her, aku boleh pregnant. Aku jawab, "InsyaAllah" and dia cakap lagi, "Betul non...kakak urut boleh buat orang mengandung." Hmm...terer bebenor jugak ye akak ni?

Then, bulan October ke November? Tak ingat...aku ajak encik suami jumpa doctor specialist Henry Toh. He is a great doctor! Dier ni bukan specialist in Gynaecology, but very wise man indeed. Dier pakar jantung & physicist. He did a scan on me, and guess what...he managed to find a few other cysts in both ovaries! Then he suspected yang aku ada dermoid cyst (sila google sendiri) sebab dalam gambar scan tu, memang nampak 'solid mass' inside. Hebat la Dr. Henry!!! Aku salute! Terus dier referkan aku to kawan dier, the gynaecologist Dr. Elizabeth Ting kat area Hospital Rajang.


Scans from Dr. Henry Toh.
Above: Cysts on Right Ovary.
Below: Cyst on Left Ovary.


Hari yang sama jugak, both of us pegi klinik Dr. Ting...dier pun cakap memang perlukan surgery...and all i know that she is one of the best gynaecologist in Sarawak yang terror dalam Laparoscopic surgery. However, since she have to teropong the inside first, then baru boleh determine to take out the cyst terus or kena normal surgery because of size and etc. She planned to do the surgery dalam next few days, but aku and husband yang masih shocked mintak tangguh dulu. Then we asked to mintak GH je buatkan because of budget wise...Sorry sangat-sangat. If kitorang mampu memang nak ambik Dr. Ting. :)

Then, on December, kitorang balik Kuching to meet up with Dr. Azah...wah...dah berapa byk opinion daa...
But overall, semua suruh operate because of size. Suspected that i have Endometriosis as well...so Dr. Azah buat refer letter to SGH and dier terus buatkan appointment at Gynae clinic on 6th January. She suggested for Dr. Haris but susah jugak la nak dapat doc tu sebab he's one of the best in Laparoscopy as well.

Anyway, mostly semua doctor tak boleh nak kesan the other cyst kat sebelah kiri ovary aku. Yang nampak just sebelah kanan je. So, on 6th, dapat jugak aku buat appointment with Dr. Haris. After tanya some soalan...dier terus tetapkan surgery on 17th January. Terkesima jugak la aku & husband. Sebab tak sangka dapat cepat macam tu. Nasib aku dapat awal sebab kes serius and ada orang cancel kan surgery that time. But i'm kinda sad jugak...sebab aku tak boleh nak kerja masa CNY...which is my yearly income... :(

But takpe...duit boleh dicari...kesihatan comes first, right?
InsyaAllah...ni usaha kami suami isteri untuk mendapatkan anak...yelah...Cysts tu dua-dua block ovum untuk keluar ke fallopian tube. So doakan semoga takde lagi masalah lain...

See you in next post. :)