Monday, February 8, 2010

Perang! *Post ini mengandungi perasaan emosi & kemarahan yang melampau*

Aku baru je lepas berperang dengan En. Tunang. Sakit hati betul when dengar dier cakap dengan RM5k cukup untuk kahwin. BONGOK betul!!! Sedap mulut je dier cakap yang orang kat kampung boleh buat majlis dengan RM5k tu. Aku pegi kat kampung pedalaman yang lebih jauh dari Asajaya pun diorang buat majlis RM40k. Itupun, satu majlis je kat rumah pihak lelaki sebab pihak perempuan mualaf. Aku google semua forum pasal majlis kahwin ni, rata-rata cakap at least RM25k mesti dalam tangan. AARRRGHHHH!!! Aku benci betul la nak berbincang dengan makhluk species lelaki nihhh!!!

Aku yang tengah PMS ni makin la mulut laser. Perang diakhiri dengan...

1) Ok, kamek sekda duit. Tak payah kahwin.
3) Coba kitak padah apa yang cukup dengan RM5k ya? *ulang banyak2 kali*
COBA KO PADAH NGAN AKU LOK???
2) FINE! *talian putus*

Serious, aku tak pernah membahasakan diri "Aku" dan "Kau" dengan dier. Ni memang dah marah tahap maksimum ditambah lagi dengan musim nak period.
Kesimpulannya, lelaki ni memang suka nak melarikan diri dari situasi daripada nak berbincang elok-elok dan cari alternative cari duit lebih & barang murah. Mintak maap ye lelaki-lelaki sekalian?? Kalau nak kawen, cari duit cukup2 dulu, dan tolong beri kerjasama yang baik kepada girlfriend/tunang anda daripada bragging & berangan nak kawen dengan duit yang tak cukup. Terima kasih! =___=

======================================================

Baiklah...update.
10 minit kemudian, En. Tunang menelepon kembali...
Kali ni baru dier serious talk. Lega hati aku.

Conclusions:

1) Dier terpaksa tak balik Kuching and stay kat Sibu. I suggest dier cuma balik sekali sebulan untuk preparations. Save dalam RM200-RM300 (round trip + expenses).

2) Tengok dalam beberapa bulan ni...and make final solution on tarikh majlis nikah & sanding pada bulan June or July. Kalau masih tak cukup budget, majlis dibuat pada tahun depan.

3) On June, since aku takde exam semester baru ni, both of us nak beli barang-barang kahwin and wedding favours. Sesiapa yang ada suggestions tempat yang murah dan cantik, sila bantu dan contact saya.

======

Again...lega hati aku...aku tak suka perang-perang nih. Dugaaannnnn~~~

No comments: